Harga minyak mentah US (USOIL) menunjukkan trend yang menurun sejak daripada minggu lepas dan tidak menunjukkan sebarang kebarangkalian kenaikan baru. Selepas pergerakan turun naik yang agak besar pada hari Isnin, USOIL dilihat didagang mendatar setakat awal sesi US di dalam julat kecil di antara $82 – $83.50 pada Selasa.
Volatiliti tinggi di pasaran bursa US, di mana kesemua indeks utama mencatatkan penurunan besar sejak kali terakhir pada Mac 2020 jelas memberi impak kepada pergerakan semasa harga USOIL. Tumpuan pasaran terhadap mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang dijangka memberi impak kepada pasaran saham US turut memberi tekanan kepada harga minyak. Selain itu, keadaan Geo-politik semasa turut memberi kesan kepada permintaan minyak di mana NATO mula bertindak balas terhadap kehadiran Russia di sempadan Ukraine dengan menambahkan bilangan anggota tentera berhampiran kawasan tegang tersebut. Sebarang peningkatan ketegangan politik ini akan memberi impak langsung kepada pasaran minyak di mana Russia adalah pengeluar ketiga terbesar dunia.
Harga minyak USOIL mencatat harga tertinggi pada minggu lepas di $87.86, paras tertinggi sejak October 2014. Walaubagaimanapun, ia terus menyusut selepas itu dan kembali menguji paras Fibo 23.6% di $82.67 dan paras ini masih kekal bertahan walaupun diuji berulang kali sejak Jumaat lepas. Paras psikologi $80 akan menjadi tumpuan sekiranya paras fibo ini gagal bertahan. RSI-14 telah mencatatkan paras oversold dan kembali menyusut dan MACD mula menunjukkan penurunan histogram dan MACD line mula melepasi paras histogram. Kemungkinan pergerakan pembetulan adalah tinggi namun ia kekal bergantung kepada faktor permintaan dan isu geo-politik yang memberi kesan kepada pergerakan teknikal harga minyak.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.