BoC: Tiada Kenaikan Faedah Untuk Januari

Bank Pusat Kanada mengumukan bahawa mereka mengekalkan kadar faedah pada 0.25%, mengejutkan pasaran yang menjangkakan kenaikan kadar pada mesyuarat bulan ini. Ia memberi impak kepada matawang Kanada Dollar dan kini didagang agak lemah. Meskipun mengekalkan kadar, BoC memberi bayangan bahawa mereka mungkin akan menaikkan kadar pada mesyuarat bulan Mac. Ia disokong oleh kenyataan BoC bahawa kelemahan di ekonomi Kanada kini semkain pulih dan tekanan berjaya diatasi.

BoC turut berkata mereka akan kekal memegang pegangan bon kerajaan buat sementara waktu sehingga proses normalisasi dimulakan atau proses kenaikan kadar dimulakan. Ia memberi komen bahawa varian Covid-19 Omicron memberi impak kepada pasaran pada akhir tahun dan awal tahun 2022 tetapi masih lagi dalam keadaan terkawal.

 

Selepas pengumuman BoC, matawang CAD jatuh secara menyeluruh berikuti kekecewaan pelabur. USDCAD melonjak menghampiri 1.2645 sebelum susut semula ke sekitar 1.2600, ia masih lagi jauh daari paras tertinggi USDCAD minggu ini di 1.2700. Walaubagaimanapun, keputusan FOMC pada awal pagi khamis akan memberi kesan dinamik kepada pergerekan USDCAD. Manakala CADJPY kembali susut dari paras tertinggi mingguan di 91.00 tetapi masih lagi selesa di atas paras terendah 89.65 yang dicatatkan pada awal minggu. Sementara CADCHF turut didagang rendah dari paras tertinggi minggu ini di 0.7330 dengan momentum masih lagi kuat ke arah Bull. CADJPY dan CADCHF menunjukkan daya tarikan positif berikutan perbezaan polisi matawang di antara BoC dan BoJ/SNB memberikan peluang kepada CADJPY dan CADCHF untuk naik lebih tinggi lagi.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.