Isu geo-politik terus menjadi pemacu pasaran terutama sekali dalam dagangan emas. Ketegangan Ukraine-Russia kini memasuki episode baru apabila Amerika Syarikat (US) mengeluarkan amaran bahawa Russia mungkin akan menceroboh Ukraine seawal minggu ini. Pasaran terus dalam keadaan berjaga-jaga selepas perbincangan melalui telefon di antara Presiden Biden dan Presiden Putin berakhir tanpa sebarang nota positif. Russia menegaskan bahawa mereka tidak bercadang menyerang Ukraine dan mendakwa berita palsu disebarkan oleh pihak luar.
XAUUSD melonjak ke paras tertinggi 2022 pada Jumaat selepas pada harga $1865 selepas penasihat Keselamatan US memberi amaran pencerobohan Russia. Paras tertinggi 2022 sebelum ini adalah pada $1853 pada 25 Januari lepas. Sekiranya keadaan terus tegang dan pasaran kekal dalam keadaan risk-off, $1865 akan menjadi benteng pertama untuk bear dan paras resistant $1877 akan diaktifkan sekiranya harga emas terus melonjak.
Sekiranya keadaan kembali reda dna pasaran kembali kepada mood risk-apetite, harga XAUUSD dijangka kembali susut dengan paras $1853 menjadi sokongan penting diikuti sokongan di $1870. Ia masih lagi dalam lingkungan pergerakan mendatar yang terbentuk semenjak November 2021. RSI-14 masih lagi di bawah zon oversold tetapi dengan momentum yang semakin kuat, manakala MACD turut berada di atas paras 0 (signal line) dan histogram menunjukkan peningkatan.
Tumpuan juga harus diberikan kepada minit mesyuarat FOMC Januari yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis ini. Pasaran kini melihat kenaikan kadar faedah US pada Mac dan ini memberi impak kepada permintaan terhadap emas.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.