EURUSD: Analisa Minggu Ini

Pasaran memulakan dagangan hari Isnin dengan intonasi lebih optimistik selepas perkhabaran Presiden Putin dan Presiden Biden bersetuju untuk bertemu, sekali gus mengendurkan sedikit ketegangan dalam isu Ukraine.

Krisis yang bermula sejak awal bulan Februari dilihat tidak akan selesai dalam tempoh terdekat dan risiko masih lagi tinggi di pasaran yang memungkinkan permintaan tinggi terhadap mata wang safe haven dan USD. Di samping itu, pergerakan USD turut dipengaruhi oleh sentimen semasa pasaran yang menjangkakan FED akan bertindak agresif dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat FOMC Mac. Ini menyebabkan para pelabur memposisikan semula pegangan mereka dalam mata wang USD.

EURO buat masa ini dilihat tidak terkesan dengan isu geo-politik di Ukraine, dimana EURUSD mencatatkan kenaikan tinggi ekoran kelemahan USD pada awal bulan dan mencapai paras tertinggi 2022 di 1.1494. EURUSD terus merudum ke bawah paras 1.1300 dengan mencecah paras terendah 1.1279 sebelum membidas naik semula dan kekal bertahan di atas paras psikologi 1.1300. Ia kini didagang berhampiran dengan paras MA-200 H4 di 1.1340 dengan MA-50 berada sedikit atas di 1.1360. Kedua kawasan ini adalah zon rintangan dinamik yang penting untuk menghalang EURUSD naik lebih tinggi. Manakala paras fibo retracement 50% di 1.1307 adalah sokongan penting untuk menahan harga lebih rendah diikuti sokongan seterusnya di 1.1279 dan fib. Retracement 61.8% di 1.1262. RSI-14 masih lagi menunjukkan momentum menurun di bacaan 44 dan MACD signal line masih lagi berlegar di bawah paras 0 meskipun mula menunjukkan pergerakan mendatar.

Sekiranya isu geo-politik berterusan dan menjadi lebih buruk, kemungkinan risiko tempias ke pergerakan EURUSD adalah tinggi, di tambah dengan beberapa ahli FED yang dijadual berucap pada minggu ini dan sudah pasti topik kenaikan kadar menjadi perhatian, ia mungkin akan menyokong pengukuhan USD dalam jangka pendek.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.