Di dalam ketenangan dagangan di waktu pagi Asia, Presiden Putin mengejutkan pasaran dengan mengumumkan Russia akan menjalankan operasi perlucutan persenjataan ke atas Ukraine, yang membawa maksud langsung pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Pasaran menjadi panik dan sentimen risk-off terus meletus.
XAUUSD menjadi instrumen paling mendapat perhatian pada ketika ini. Ia meletus melepasi paras $1910 pada ketika Presiden Putin ke udara ke televisyen dan melonjak ke paras tertinggi dalam 52 minggu melepasi paras $1940. Kemudian, ia mendatar seketika di pertengahan sesi Asia sementara menanti pembukaan pasaran Eropah. Seperti dijangka, XAUUSD terus melonjak tinggi sebaik pasaran Eropah dibuka dengan para pelabur panik dan mencari pegangan safe haven. Ini membolehkan XAUUSD melonjak ke paras tertinggi sejak September 2020 di $1974.
Apa yang menarik, kebimbangan pasaran dilihat tidak begitu teruk, apabila pasaran US dibuka, aktiviti pengambilan untung dilihat dan secara mendadak XAUUSD jatuh ke paras sokongan $1914 yang juga paras MA-50 pada H1. Kenaikan dan penurunan ekstrem ini jelas diakibatkan oleh volatiliti tinggi daripada sentimen risk off. $1900 akan menjadi sokongan psikologi Bull untuk bertahan diikuti paras sokongan di $1890. Persoalan menarik untuk dilihat adakah volatiliti tinggi XAUUSD akan terus bergerak seiring dengan krisis Russia-Eropah ataupun volatiliti ini hanya bersifat sementara. Tumpuan kini terarah kepada masa dagangan D1, dimana XAUUSD telah menguji paras fibonacci 61.8% ($1922) daripada penurunan 2020-2021. Sekiranya ia berjaya kekal di atas, maka kemungkinan XAUUSD didagang atas $1900 untuk satu tempoh adalah tinggi.
Apa yang penting, XAUUSD terus mengukuhkan statusnya sebagai instrumen safe haven yang paling bernilai ketika dalam keadaan panik. Dahulu, kini, selamanya.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.