Harga Minyak Dunia: Tiada Jalan Pulang

Harga minyak mentah dunia terus melonjak ke paras tertinggi baru sejak 2013, dengan ketegangan geopolitik Russia dan Ukraine yang tiada kesudahan. Permintaan terhadap minyak mentah dunia terus meningkat. Tindakan Kesatuan Eropah dan US yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Russia jelas memberi kebimbangan kepada pasaran di mana sekatan ini dijangka akan menyebabkan pengurangan bekalan sebanyak kira-kira 1 juta tong sehari untuk pasaran dunia.

Situasi toksik pencerobohan Russia ke atas Ukraine dilihat tidak akan selesai dalam keadaan terdekat, meskipun dalam mesyuarat menteri IEA bersetuju untuk mengeluarkan simpanan minyak sebanyak 60 juta tong, dan persetujuan OPEC untuk menambah pengeluaran minyak sebanyak 400,000 tong sehari. Harga minyak mentah dunia akan terus mengukuh sehingga isu Russia-Ukraine menemui jalan pendamaian. Kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia ini pernah berlaku ketika pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada 1991.

Semalam, Setiausaha Akhbar Rumah Putih Psaki dipetik berkata bahawa Amerika Syarikat kini sangat terbuka untuk mempertimbangkan sekatan terhadap sektor minyak dan gas Rusia. Mereka kini sedang mempertimbangkannya dengan serius termasuk implikasi sekatan ini terhadap ekonomi.

Kebimbangan bekalan yang semakin berkurang jelas dapat dilihat dalam laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga US (EIA) melaporkan inventori minyak mentah telah susut 2.6 juta tong dalam seminggu hingga 25 Februari, berbanding dengan penambahan 4.5 juta tong sebelum ini

Harga minyak mentah kekal tinggi hari ini. Harga minyak mentah Brent (UKOIL) terus mencatat paras tertinggi sejak 2013, ia kini didagang di $119 setong, dan kini cuba mencapai paras tertinggi 2012 pada $128 setong. Rekod tertinggi harga minyak Brent adalah pada $147.50 setong yang dicatat pada tahun 2018. $115 adalah paras sokongan terhampir diikuti paras sokongan psikologi di $100.

Manakala Harga minyak mentah WTI (USOIL) juga terus mencatatkan paras tertinggi baru yang kali terakhir dicatat pada 2013 di $112.20, Paras 2011 di $114.80. Paras tertinggi yang pernah dierkodkan oleh USOIL adalah pada $147.27. Sekiranya keadaan geopolitik ketika ini kekal dan tidak berubah, paras ini tidak mustahil akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.