EURUSD: Masih Kekal Defensif Di Bawah 1.1100

Sekilas lalu:

  • Fed Menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2018
  • Rundingan Russia-Ukraine terus menemui jalan buntu
  • Kes Covid di China terus meningkat.

EURUSD akhirnya mencatatkan kenaikan mingguan pada minggu lepas selepas penurunan berterusan sejak 6 minggu lepas (bermula Februari). Walaubagaimanapun, persoalan besar kini terarah kepada mampukah EUR kekal kukuh berbanding USD untuk minggu ini di sebalik tabir ketidaktentuan pasaran dalam krisis geopolitik Ukraine-Russia.

Berita pada hujung minggu di mana rundingan di antara Russia dan Ukraine terus menemui jalan buntu buat sekian kalinya, perbezaan pendapat antara kedua belah pihak tidak menunjukkan sebarang tanda titik persetujuan akan dicapai.  Kiev dilaporkan menolak desakan Moscow untuk mengaku kalah di wilayah Mariupol terus menekan sentimen pasaran. Russia terus menekan Ukraine dengan melancarkan serangan demi serangan terus menunjukkan sentimen akan kekal dalam mood muram pada minggu ini. Krisis ini dilihat akan terus menekan matawang utama Eropah di mana kebanyakan dagangan antara negara Eropah dan Russia (terutama sekali dalam sektor tenaga) akan terus tergantung.

Selain itu, Rizab Persekutuan (FED) US telah menaikkan kadar faedah pada awal pagi Khamis sebanyak 25 mata kepada julat 0.25%-0.50%, dan ahli FOMC menjangkakan enam (6) lagi kenaikan kadar pada tahun ini dan unjuran dot plot FED mengunjurkan momentum kenaikan akan berterusan sehingga tahun 2023 di mana kadar faedah akan mencecah 2.8% dan kekal dalam paras ini sehingga tahun 2024. Secara fundamental, tindakan dan polisi FED ini dilihat akan memberi sokongan kepada USD untuk jangka masa terdekat berbanding matawang yang di dalam kadar faedah negatif seperti EUR, JPY dan CHF. Presiden US Joe Biden dijadualkan melawat Poland pada 25 Mac dan ini akan terus menambah rencah kepada sentimen pasaran pada minggu ini.

Kenaikan kes Covid di China yang membawa kepada perintah kawalan pergerakan di Shenzen turut memberikan impak kepada sentimen semasa, dan isu gergasi hartanah Evergrande kembali menjadi tajuk utama di mana saham syarikat ini digantung daripada didagang di Bursa Hong Kong. Dengan semua tajuk utama untuk permulaan minggu lebih terarah kepada tajuk negatif, ia akan memberikan impak kepada EURUSD dengan permintaan terhadap USD sebagai matawang safe-haven dijangka meningkat.

Selepas mencatat kenaikan pada minggu lalu dan berjaya mencapai paras 1.1100 pada Khamis lepas, EURUSD gagal untuk kekal didagang di atas 1.1100. EURUSD ditutup pada minggu lepas di bawah sub-1.1050. Ini menjadikan paras psikologi penting 1.1100 kekal sebagai resistant terhampir diikuti paras Fibo 23.6% di 1.1160 sebagai resistant seterusnya. MA-50 daily di 1.1230 akan diaktifkan menjadi resistant penting sekiranya paras resistant sebelum gagal menahan kenaikan EURUSD. Bear untuk EURUSD kini menyasarkan paras psikologi 1.1000 sebagai sasaran seterusnya selepas berjaya bertahan di 1.1100. Sekiranya paras 1.1000 ditembusi, ia akan mengaktifkan paras terendah 2022 di 1.0805 sebagai support terakhir.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya