CHF: SNB Mengekalkan Kadar -0.75% dan Menjual Pegangan Aset Berkaitan Russia

Intipati Penting:

  • SNB kekal dengan kadar faedah -0.75%
  • SNB Menyemak semula kadar inflasi Switzerland

Swiss National Bank (SNB) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada rekod terendah di dunia pada -0.75% dalam mesyuarat polisi SNB hari ini. Kadar -075% ini kekal sejak Tindakan SNB memutuskan menurunkan kadar faedah pada Januari 2015 dan melupuskan tetapan tambatan EUR/CHF yang menyebabkan berlakunya peristiwa Black Swan di dalam pasaran matawang.

Tindakan SNB jelas bertentangan dengan tindakan polisi Bank-bank utama dunia lain seperti FED, BoE, BoC yang menaikkan kadar faedah dalam mengawal kenaikan inflasi di negara masing-masing. Faktor utama SNB tidak bertindak adalah disebabkan kadar inflasi di Switzerland masih lagi berada di paras yang normal di 2.2%, di mana SNB melihat pengukuhan matawang Swiss Franc (CHF) menghadkan kenaikan inflasi berbanding negara-negara besar lain. Pengukuhan CHF yang mendapat permintaan pelabur sebagai matawang safe haven berikutan krisis geopolitik Ukraine Russia dilihat tidak membimbangkan pegawai polisi di SNB.

Di dalam kenyataan selepas mesyuarat hari ini, Pengerusi SNB Thomas Jordan menegaskan bahawa CHF masih lagi berada di paras tertinggi dan mereka bersedia untuk campur tangan sekiranya perlu untuk mengawal nilai CHF. Walaubagaimanapun, pasaran melihat SNB tidak akan campur tangan buat masa ini berikutan data inflasi masih lagi terkawal di Switzerland. SNB turut memaklumkan bahawa konflik Ukraine-Russia akan menyebabkan harga tenaga (minyak & gas) terus meningkat dan mereka telah melaporkan perubahan unjuran dengan menjangkakan inflasi akan naik ke 2.1% sebelum menyejuk semula ke 1.8% pada penghujung 2022, seiring dengan sasaran polisi inflasi SNB di dalam julat 0-2%. SNB dijangka akan mengekalkan sikap tunggu dan lihat dan akan mengekalkan kadar pada tahap terendah sekurang-kurangnya sehingga 2022.

Jordan turut memaklumkan bahawa mereka telh menjual semua aset pegangan SNB yang berkaitan Russia selepas tercetusnya konflik dan memaklumkan bahawa risiko akibat konflik pencerobohan Russia terhadap sektor kewangan Switzerland adalah terkawal.

Analisis USDCHF dan EURCHF

USDCHF kini didagang selesa di atas 0.9300 selepas pengumuman SNB. Meskipun ia melonjak melepas 0.9400 pada minggu lepas selepas FED mengumumkan kenaikan kadar faedah. USDCHF dijangka akan terus didagang dalam julat mendatar di antara 0.9200 – 0.9300 buat masa ini. Ini disokong oleh pergerakan MA-50 dan MA-200 harian yang kekal mendatar sejak Julai 2021 dan berada di atas sedikit di atas psikologi 0.9200.

Sementara itu, EURCHF menunjukkan pergerakan sebaliknya apabila ia mencapai harga terendah sejak Hari Black Swan 2015 di mana ia mencatatkan harga 0.9971 pada awal Mac sebelum naik semula ke 1.0400. Namun EURCHF kini menunjukkan penurunan semula dan kini didagang sedikit di atas paras psikologi 1.0200. Faktor permintaan CHF sebagai safe haven dan kelemahan EUR yang disebabkan konflik Ukraine-Russia dijangka akan menjadi penentu arah EURCHF buat masa terdekat. Kadar paras setara 1.0000 dijangka menjadi tumpuan sekiranya EURCHF terus menurun.

 

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya