Kenaikan kadar inflasi yang tinggi, kenaikan hasil bond (bond yield), keadaan sektor buruh yang kekurangan dan kenaikan harga komoditi memberi tekanan kepada pasaran saham. Tambahan dengan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, ini memberi cabaran besar kepada sektor perbankan di seluruh dunia. kebimbangan pada para pelabur dengan kemungkinan pertumbuhan ekonomi akan lebih perlahan di masa hadapan dan seterusnya memberi impak kepada saham-saham dalam sektor kewangan
Bank-bank besar US memulakan musim laporan pendapatan pada hari Rabu 13 April 2022. JP Morgan Chase & Co, syarikat kewangan dan bank pelaburan utama dijadualkan melaporkan laporan fiskal Q1 2022 pada Rabu 13 April 2022 sebelum pembukaan pasaran pada pembukaan pasaran US. JP Morgan menawarkan variasi produk perbankan pelaburan dan servis dalam pasaran kapital meliputi strategi korporat dan struktur, kempen pembiayaan ekuiti, broker, penyelidikan pasaran dan banyak lagi.
Selepas laporan pendapatan yang baik pada tahun 2021 di mana JP Morgan berjaya mengatasi unjuran pasaran dalam laporan 4 suku tahun berturut-turut, para pelabur menjangkakan laporan JP Morgan untuk Q1 2022 sedikit rendah berbanding dengan suku sama tahun lepas. Para penganalisis mengunjurkan laporan pendapatan (jualan) Q1 di $30.6 bilion, naik berbanding $29.8 bilion pada suku ke-4 2021. Tetapi kadar pulangan sesaham (earning per share) dijangka lebih rendah di unjuran $2.72 sesaham berbanding $3.33 sesaham pada suku ke-4 2021. Sektor pengguna dan perbankan komuniti dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan JP Morgan diikuti oleh sektor perbankan pelaburan dan korporat.
Meskipun data kewangan JP Morgan (MT5: #JPMorgan) menunjukkan kenaikan sejak tahun lepas, harga saham #JPMorgan jelas bergerak sebaliknya, saham #JPMorgan menunjukkan trend penurunan sejak Oktober 2021 dan mencapai tahap terendah pada awal Mac 2022 di $128.95. #JPMorgan susut hampir 25% dari paras tertinggi Oktober 2021 $172.93 dan kini didagang pada $131.64. Secara teknikalnya, #JPMorgan kini di dalam kawasan pembetulan harga (retracement). Ia kini didagang di bawah paras fibo retracement 38.2% $136.12 yang kini menjadi resistant penting diikuti rintangan di MA-50 di $142. Paras terendah 2022 $128.95 menjadi sokongan penting untuk #JPMorgan diikuti paras psikologi penting di Fibo retracement 50% $124.75. RSI-14 menunjukkan saham #JPMorgan dalam kawasan bear tetapi masih belum mencapai paras oversold dengan MACD line turut berada di bawah paras 0.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya