Syarikat terbesar di Wall Street, Apple inc. akan melaporkan laporan suku tahunan ke-2 tahun 2022 pada 28 April selepas bursa ditutup. Apple dengan nilai pasaran sebanyak $2.5 trilion, menerajui Wall Street sejak mengambil alih posisi sebagai syarikat paling bernilai daripada Microsoft.
Sumber gambar: CNN Business
Meskipun Apple tidak memberi sebarang unjuran untuk suku ke-2 fiskal 2022 ini berikutan ketidaktentuan mengenai impak pasca Covid-19, para pelabur masih melihat Apple sebagai syarikat yang kukuh dan menjangkakan Apple akan terus melaporkan perkembangan perniagaan yang kukuh pada suku ini. Apple secara konsisten melaporkan laporan kewangan yang mengatasi unjuran pasaran untuk tahun berakhir 2021. Meskipun Apple agak bergelut dalam jualan telefon pintar, peningkatan baik dalam sektor perniagaan servis yang meliputi APP Store, Apple Music, iCloud dan lain-lain membantu peningkatan dalam perniagaan Apple. Portfolio Apple dalam sektor bukan telefon seperti Mac, iPad juga dijangka akan meningkat pada laporan suku ke-2 ini. Pasaran kini mengunjurkan Apple melaporkan pendapatan sebanyak $94.0 Bilion, kenaikan lebih 5% ($77.1 bilion) berbanding suku sama tahun lepas. Sementara itu, pendapatan sesaham (EPS) untuk suku ke-2 diunjurkan pada $1.42 sesaham, kenaikan lebih 2 sen dari $1.40 yang dilaporkan suku sama tahun lepas. Terdapat sedikit kebimbangan bahawa perintah kawalan pergerakan (lockdown) di China akan menjejaskan rantaian bekalan Apple, di mana hampir separuh daripada pembekal alat-alat Apple terkesan. Ia dijangka tidak memberi kesan kepada laporan kewangan untuk suku ini, sebaliknya ia mungkin akan memberi kesan pada suku akan datang. Dengan produk Apple terkini yang baru dilancarkan iaitu, kedai pembaikan telefon sendiri (self-service), ia dijangka akan terus membantu Apple dalam mengekalkan pertumbuhan perniagaan dan kekal sebagai gergasi di Wall Street.
Saham Apple (MT5: #Apple) untuk 2022 bergerak agak roller coaster berikutan faktor geo-politik dan inflasi yang tinggi. Saham Apple mencecah paras tertinggi pada $182.87 pada permulaan Januari sebelum jatuh kepada $150 berikutan krisis geo-politik Russia-Ukraine. Ia melonjak semula ke paras $180 pada penghujung Mac dan susut balik pada April dan kini didagang di $156.50 pada 27 April. Saham Apple kini didagang di bawah paras MA-50 dan MA-200 harian dengan pergerakan RSI-14 kian menghampiri paras oversold , MACD signal line juga telah menembusi paras bawah 0. Penganalisis pasaran mengunjurkan saham Apple masih lagi dalam kategori Buy. Unjuran saham Apple untuk 12 bulan mendatang dijangka pada median $191.00, +24% dibandingkan dengan harga semasa.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya