XAUUSD Roller Coaster Yang Mengujakan

Minggu yang penuh dengan volatiliti dan naik turun roller coaster, inilah perumpamaan terbaik untuk komoditi terpenting dunia emas (XAUUSD).  Setelah melonjak dan mencapai paras psikologi $2000 setiap auns pada 18 April lepas, emas jatuh dengan pantas dan mencecah paras terendah sejak Februari di $1872 pada hari Khamis 28 April. Julat pergerakan harga yang besar sejak Mac 2022. Ia kini didagang di awal sesi US di atas $1900 pada hari Jumaat 29 April. Tetapi bear dilihat cuba menekan harga kembali ke bawah paras psikologi $1900.

Dengan para pelabur terus berdagang dengan menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat FOMC, USD terus mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari penting minggu hadapan. Pergerakan naik hari ini dijangka bersifat corrective dengan kenaikan yang rendah. Selain dari mesyuarat FOMC, para pelabur turut akan melihat kepada data NFP yang akan diterbitkan pada Jumaat. Spekulasi ‘buy the rumors, sells the news’ dan aktiviti pengambilan untung dijangka mendominasi pasaran sehingga minggu hadapan.

Paras fibonacci retracement 61.8% pada harga $1891 dari kenaikan Jan-Mac 2022 akan menjadi sokongan kukuh buat masa ini, diikuti paras terendah April di $1872. Paras sokongan $1835 di MA-200 harian akan menjadi sokongan terakhir buat masa sekarang. Untuk kenaikan, kluster rintangan di $1925 menjadi penghalang utama diikuti paras MA-50 harian di $1938. Bull perlu melepasi paras psikologi $1950 untuk terus menekan harga ke atas, tetapi kemungkinan ini dilihat mempunyai peluang agak nipis.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi 

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya