Bank Pusat Dunia Terus Berperang Dengan Kenaikan Inflasi

Apa itu inflasi?

Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang, di mana kenaikan inflasi akan membuatan barangan yang diberi untuk setiap Dollar (rujukan kepada USD) akan berkurangan berbanding dengan sebelumnya. Bahasa mudahnya adalah inflasi akan mengurangkan kuasa beli pengguna.

Pada ketika ini, ia jelas dapat dilihat bahawa dunia kini di dalam peperangan sengit dalam mengawal inflasi di mana Bank-bank pusat utama seperti Federal Reserve (FED), Bank of England (BoE), Bank of Canada (BoC)  kini dalam tindakan agresif dalam menaikkan kadar dalam mengawal kenaikan inflasi manakala), European Central Bank (ECB) turut dijangka akan menaikkan kadar mereka selepas lebih satu dekad pada mesyuarat polisi akan datang.

Hari ini, Data inflasi Kanada mencatatkan kenaikan luar jangkaan pasaran apabila Data teras inflasi (Core) dilaporkan pada 5.7% (y/y) untuk bulan April berbanding 5.5% pada bulan sebelum. Unjuran awal pasaran adalah pada 5.4% sahaja. Data inflasi keseluruhan (y/) dilaporkan pada 6.8% berbanding unjuran 6.7%. Data inflasi Kanada ni adalah tertinggi yang pernah dilaporkan dalam beberapa dekad. Kenaikan inflasi ini diakibatkan oleh harga tenaga, kenaikan barangan keperluan dan perbelanjaan rumah di mana harga makanan terus meningkat tinggi di Kanada. Berikutan penerbitan data inflasi yang tinggi ini, para pelabur menjangkakan BoC akan terus kekal dalam sisi hawkish untuk terus mengetatkan kawalan polisi berikutan data inflasi yang jauh tinggi daripada sasaran BoC yang berada di bacaan 2%. Pasaran menjangkakan BoC akan menaikkan kadar dalam mesyuarat polisi akan datang pada 1 Jun dengan anggaran kenaikan sebanyak 0.50%.  

Di Amerika Syarikat, Pengerusi Fed Jerome Powell dalam kenyataan minggu ini jelas mengatakan bahawa mereka akan berusaha keras dalam melawan inflasi di mana ia memberi petunjuk secara langsung bahawa FED akan meneruskan polisi kawalan ketat dan akan terus menaikkan kadar. Ahli ECB Joachim Nagel pada minggu lepas menggesa ECB menaikkan kadar faedah seawal bulan Julai dan menamatkan operasi pembelian bon seawal bulan Jun. Keengganan ECB dalam merubah polisi dan kesan krisis Russia-Ukraine jelas memberi kesan kepada inflasi di Eropah.

Sementara itu, Gabenor BoE Andrew Bailey turut berkata inflasi adalah ujian terbesar untuk BoE dalam 25 tahun ini tetapi masih cuba mempertahankan kritikan terhadap BoE yang dikatakan tidak tegas dalam mengawal inflasi dalam kenyataan beliau di parlimen pada minggu ini. Beliau berkata kombinasi inflasi yang tinggi tetapi permintaan yang lemah pada masa ini memberi kesukaran kepada BoE dalam menggubal inflasi.  Rakan sejawat mereka di Switzerland di Swiss National Bank (SNB) yang kebiasaannya amat dovish turut berkata bahawa SNB akan bertindak pantas sekiranya inflasi terus naik.

Secara fundamental, inflasi yang tinggi akan mengukuhkan matawang di negara yang terlibat, di mana inflasi tinggi akan mendorong bank pusat untuk menaikkan kadar faedah. Tetapi, situasi ini mungkin tidak ideal pada ekonomi sekarang yang sedang pulih pasca Covid-19 dimana kenaikan inflasi akan merencatkan pemulihan ekonomi secara keseluruhannya. Permintaan terhadap matawang yang terlibat mungkin akan meningkat berikutan aktiviti belian (price in) menjelang mesyuarat polisi bank pusat yang terlibat. US Dollar mungkin penerima manfaat terbesar daripada situasi ini berikutan situasinya sebagai matawang safe haven dan situasi semasa FED yang paling hawkish di kalangan bank pusat utama dunia.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan.