GBPUSD terus mengalami tekanan dan mencatatkan penurunan 4 hari berturut-turut. Data ekonomi yang diterbitkan pada Isnin jelas menunjukkan keadaan yang menggusarkan di mana ekonomi UK tanpa diduga telah mengecut 0.3% untuk bulan April, penurunan bulan kedua berturut-turut sejak dunia dilanda pandemik Covid-19. Data Industri dan Pembuatan juga merekodkan penurunan luar jangka pada April. Keadaan ini membimbangkan para pelabur di mana kegusaran semakin meningkat tentang kemelesetan ekonomi melanda sekali lagi. Ini mungkin akan menyebabkan para penggubal polisi di Bank of England (BoE) akan melihat semula perancangan ekonomi dan hala tuju kadar faedah pada mesyuarat polisi pada Khamis ini.
Selain itu, data inflasi yang tinggi dari US pada minggu lepas mendorong para pelabur menambahkan lagi jangkaan FED akan lebih hawkish dalam polisi mereka. Unjuran dari alat FedWatch CME mengunjurkan kemungkinan kenaikan 125 mata dalam kadar faedah dalam 2 mesyuarat akan datang. Ini menyebabkan permintaan terhadap matawang USD semakin meningkat dan mengukuhkan USD berbanding GBP.
GBPUSD kini mencatatkan paras terendah dalam 4 minggu dan kini didagang di atas paras psikologi 1.2200. Paras 1.2200 ini akan menjadi benteng penting untuk menahan penurunan, ia diikuti sokongan kuat di paras terendah Mei 2022 di 1.2154. Sokongan terakhir berada di sokongan 1.2070 yang kali terakhir dicatat pada Mei 2020. Paras rintangan terhampir berada di 1.2665 yang merupakan paras tertinggi sejak Mei 2022. MA-50 juga kini berada berhampiran dengan kawasan ini. RSI-14 masih belum mencapai paras oversold, tetapi momentum masih lagi kuat menekan ke bawah. MACD line turut berada di bawah paras 0.
Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dan mesyuarat BoE pada petang Khamis akan menjadi penetu hala tuju GBPUSD untuk minggu ini dan minggu akan datang.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak AL-Irsyad
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya.