USDJPY: Dagangan Perbezaan 2 Polisi Bank Pusat

USDJPY kembali susut ke bawah 135.00 selepas pengumuman kenaikan kadar faedah oleh FOMC dan pengekalan kadar dasar oleh Bank of Japan (BoJ) pada minggu lepas. Peningkatan permintaan terhadap USDJPY berikutan unjuran pasaran yang menjangkakan FED menaikkan kadar faedah lebih agresif (di mana FOMC menaikkan kadar sebanyak 0.75%) menolak USDJPY ke paras tertinggi dalam tempoh 24 tahun ke paras 135.58. Walaubagaimanapun, ia susut semula selepas pengumuman FED dan juga selepas pengumuman BoJ untuk mengekalkan program ransangan Quantitative & Qualitative Easing (QQE) dengan kawalan lekuk hasil (yield curve control). BoJ menegaskan bahawa bank pusat akan bertindak sekiranya perlu dan memberi indikasi bahawa polisi jangka pendek dan jangka sederhana akan kekal dan tidak berubah.

Perbezaan polisi ketara di antara FED (hawkish) dan BoJ (dovish) membuka ruang untuk dagangan perbezaan polisi di mana USD dijangka akan kekal kukuh dan JPY secara fundamentalnya lemah. Ini mungkin membuka ruang untuk USDJPY untuk melonjak ke paras lebih tinggi Paras tertinggi yang direkodkan pada Oktober 1998 di 136.93 merupakan rintangan terdekat sekiranya bull terus menguasai pasaran USDJPY. Diikuti paras tertinggi tahun 1998 di 147.70 adalah rintangan yang agak jauh untuk digapai buat masa sekarang.

Namun begitu, tumpuan jangka pendek juga harus ditumpukan kepada aktiviti pengambilan untung untuk jangka pendek di mana USDJPY mungkin membentuk double top pada timeframe H4, sekiranya ianya terus susut, sokongan  dinamik MA-50 di 134.24 akan menjadi penyokong terhampir. Paras terendah Jun 2022 di 131.48 akan diaktifkan sebagai sokongan seterusnya sekiranya berlaku pembetulan harga besar berlaku.

Pergerakan USDJPY dijangka akan kekal dalam volatiliti tinggi pada minggu ini berikutan Pengerusi FED Jerome Powell akan membentangkan laporan di hadapan kongres selama 2 hari pada Rabu dan Khamis.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak 

Penganalisis Pasaran – HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.