AUDUSD kembali melantun semula selepas cuba menghampiri paras terendah Mei 2022 di 0.6828. Selepas kejatuhan besar akibat pengukuhan USD pada Jun di mana ia susut dari paras tertinggi 0.7280 ke paras 0.6850, ini disebabkan oleh unjuran dan spekulasi pasaran mengenai kenaikan agresif kadar FOMC (di mana FED menaikkan kadar sebanyak 0.75%). Tetapi, AUDUSD kembali bernafas semula apabila aktiviti pengambilan untung pasca pengumuman FOMC melonjakkan AUDUSD ke 0.7070 dan kini didagang agak stabil di sekitar 0.6970. Untuk pengesahan pembentukan double bottom di carta harian, AUDUSD perlu ditutup di atas neckline di 0.72800 dan sekiranya ini berlaku, barulah AUDUSD dapat dilihat kembali mengukuh.
Pada sesi Asia hari ini, penerbitan minit mesyuarat polisi RBA yang agak hawkish memberi sedikit nafas kelegaan buat AUD itu terus naik dari paras rendah. RBA menjangkakan kadar inflasi Australia dijangka akan mencecah 7% pada suku Disember tahun ini dan kadar faedah dijangka akan berada pada 2.5%. Gabenor RBA Philip Lowe dipetik berkata di dalam satu majlis rasmi, bahawa
“RBA yakin kadar inflasi akan susut semula kepada paras unjuran RBA di 2-3% pada tahun 2023 selepas isu perbekalan pasca pandemik dapat diatasi dan tindakan agresif semua bank pusat utama dunia dalam mengetatkan kawalan polisi matawang masing-masing.”
Meskipun AUDUSD dilihat kembali selamat dari mencatat paras terendah baru untuk tahun 2022, ia masih terdedah kepada faktor luaran yang mungkin akan menekan AUD ke lebih rendah. Kejatuhan harga bijih besi dijangka akan memberi kesan terhadap pergerakan AUD, harga bijih besi telah jatuh sekitar 20% daripada paras tertinggi April. Ketidakpastian dalam industri hartanah di China dan polisi 0 kes Covid China yang merencatkan pertumbuhan ekonomi dijangka akan terus menekan kelemahan bijih besi.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak
Penganalisis Pasaran – HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.