Setelah mencatatkan volatiliti tinggi pada suku pertama tahun 2022, Emas (XAUUSD) dilihat Kembali di dalam julat mendatar pada suku ke-2 tahun ini. Ianya terus didagang di dalam julat mendatar di antara $1800-$1870. Meskipun FED telah menaikkan kadar faedah dengan agresif pada tahun ini, harga emas dilihat tidak terjejas terus dan hanya sedikit penurunan dapat dilihat. Bull masih lagi dilihat kekal bertahan kukuh di atas $1800.
Mengapakah emas kekal di atas $1800 meskipun Rizab Persekutuan US agresif di dalam menaikkan kadar faedah US? Faktor utama emas kekal tinggi adalah disebabkan oleh para pelabur melihat operasi kenaikan kadar oleh FED dan bank-bank pusat utama yang lain adalah untuk membendung kenaikan inflasi tatkala ekonomi masih belum mencapai kematangan sepenuhnya pasca pandemik. Pelabur melihat ekonomi akan mengalami kelembapan pada masa terdekat. Faktor isu perbekalan daripada pasca pandemik dan isu ketegangan geopolitik yang masih tinggi daripada pencerobohan Russia ke atas Ukraine akan terus menyebabkan para pelabur bimbang dan permintaan terhadap emas dilihat kekal tinggi. Tumpuan kini terarah kepada kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell di hadapan kongres US pada minggu ini. Para pelabur ingin melihat sama ada Powell akan dapat meredakan kebimbangan pasaran mengenai kemungkinan kemelesetan ekonomi dan memberikan justifikasi kukuh mengenai kenaikan kadar faedah yang terpantas di US sejak beberapa dekad yang lalu.
Dari sudut teknikal, Harga emas semasa XAUUSD kini didagang di atas paras $1820 ketika artikel ini ditulis. Dagangan harian XAUUSD dilihat gagal ditutup di atas 200DMA ($1843) sejak 17 Jun lepas. Keadaan lekuk 200 DMA juga kini dilihat mendatar, memberi penunjuk kemungkinan pergerakan mendatar untuk satu tempoh. Bear dilihat perlu memecahkan paras psikologi $1800 untuk terus menguasai pasaran, di mana sokongan seterusnya berada di paras terendah Mei 2022 di $1786.
Sementara itu, Bull juga harus kekal bertahan di atas paras $1800 untuk membolehkan sebarang kenaikan di masa pendek boleh terjadi. Dengan paras rintangan $1866 bersamaan 50DMA adalah rintangan terdekat diikuti paras $1879 yang menjadi paras penting untuk Bull, sekiranya paras ini ditembusi, ia mungkin akan menguji paras rintangan di $1920. RSI-14 harian kini berada di atas 40 di mana ia bergerak mendatar, MACD juga di dalam paras berhampiran kosong dengan MACD line mendatar dan histogram semakin mengecil.
Klik di sini Untuk Mengakses Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak
Penganalisis Pasaran – HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.