Indeks utama dunia diniagakan rendah berikutan sentimen negatif yang melanda dalam pasaran semalam. Indeks hadapan utama Amerika Syarikat ditutup sedikit rendah berbanding pembukaan di dan indeks bursa hadapan didagang di sekitar paras sama di sesi Asia. Sentimen negatif jelas menghantui pasaran saham terutama sekali sesi Asia. Para pelabur kini mula bimbang dengan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku meskipun dalam tindakan agresif Rizab Persekutuan AS dalam menaikkan kadar faedah. Pengerusi FED Powell dipetik berkata kepada pendengaran di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat A.S. “Kami tidak cuba menggusarkan pasaran, dan saya tidak fikir kami perlu mencetuskan, kemelesetan”, namun begitu beliau mengakui bahawa kemelesetan adalah “satu kemungkinan” dan keadaan semasa menyebabkan ianya sukar untuk mengurangkan inflasi tanpa menyebabkan kemelesetan. Beliau turut berkata bahawa kadar faedah tinggi memang menyusahkan, tetapi ia adalah perlu untuk membendung inflasi.
Indeks utama Jepun JPN225 kini diniagakan di 26140, rendah berbanding pembukaan. Paras sokongan kini berada di 25500 mata yang juga paras terendah bulan Jun 2022. Paras DMA50 merupakan rintangan dinamik terdekat di sekitar 26800. Ia masih lagi didagang di dalam channel menurun sejak September 2021. Paras terendah 2022 direkodkan pada Mac lepas adalah pada 24498.
Sementara itu, Indeks utama Dow Jones USA30 masih terkandas di bahagian bawah channel penurunan dan gagal menguji rintangan psikologi 31000 mata. Ia kini didagang di sekitar 30445 mata dan tekanan masih lagi tinggi. USA30 cuba menguji paras rintangan penting di 30637 semalam tetapi masih gagal ditutup di atas paras tersebut. Harga terendah yang dicatatkan pada tahun 2022 adalah pada 29647 mata yang juga berhampiran dengan fibonacci retracement 38.2%. Paras psikologi penting di 30000 mata akan menjadi tumpuan paras pelabur untuk menentukan pergerakan seterusnya.
Klik di sini Untuk Mengakses Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak
Penganalisis Pasaran – HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.