Harga minyak mentah WTI (USOIL) terus mengukuh didagang di atas paras $60 buat hari ketiga berturut-turut. Pengurangan pengeluaran oleh anggota OPEC dan krisis di Venezuela menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah meningkat.
Jangkaan pasaran bahawa kemungkinan perlanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak (perjanjian asal berakhir Jun) menyebabkan para pelabur meningkatkan pegangan mereka dalam pasaran minyak.
Harga USOIL kini didagang di atas paras $62, paras tertinggi sejak 12 November 2018 dan diniagakan di atas paras 200 Daily moving averages.. Dengan rintangan (resistant) kuat di paras $65, masih ada ruang untuk kenaikan harga minyak sehingga ke paras itu. Dijangkakan harga USOIL akan didagangkan di antara $60.00 -$65.00 setong untuk waktu terdekat ini.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
HF Educational Market Analyst Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.