Menjelang Mesyuarat RBNZ: Adakah RBNZ Akan Menurut Langkah RBA?

 

Reserve Bank New Zealand akan mengumumkan keputusan mesyuarat polisi pada pagi Rabu jam 10.00 pagi. Para penganalisa meramalkan RBNZ akan memotong kadar faedah ke 1.50%, paras terendah dalam sejarah.

Secara dasarnya RBNZ telah mengambil langkah lebih negative (dovish) di mesyuarat polisi bulan Mac berikutan kelemahan ekonomi global dan momentum inflasi yang rendah.

Kemungkinan RBNZ kekalkan kadar adalah nipis tetapi pasaran kini telah “priced in” kemungkinan ini. Kebarangkalian NZD mengukuh selepas keputusan polisi harus diberi perhatian berikutan para speculator mungkin melepaskan posisi jualan mereka.

AUDNZD merupakan pasangan potensi untuk dagangan berikutan keputusan RBA mengekalkan kadar faedah pada hari Selasa. Memberikan pengukuhan kepada AUD. Sebarang keputusan potongan kadar faedah atau intonasi yang negative (dovish) oleh RBNZ memberikan potensi untuk kenaikan AUDNZD

Di carta Paras 1.07319 merupakan resistant yang kukuh manakala 1.05367 merupakan support yang kukuh. Harga kini berada di resistant 1.06437 dan masih lagi gagal dipecahkan. Sekiranya keputusan RBNZ adalah dovish, kemungkinan untuk harga melonjak adalah tinggi.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.