British Pound Terkesan Dengan Berita Terkini Mengenai Brexit

GBPJPY kekal lemah akibat permintaan terhadap safe haven dan kelemahan pound berikutan isu Brexit. Harga di Wall Street kini di paras terendah dalam 2 bulan berikutan permintaan kepada saufe haven, ini berlaku akibat pasaran memberi reaksi terhadap kenaikan tarif US yang akan dikenakan ke atas China. Naib Presiden China En. Liu akan berangkat ke Washington dan berharap dapat meredakan ketegangan dalam rundingan dagangan.

Pada masa sama, Pound tidak bertindak balas terhadap data BRC retail sales dan kenaikan dalam harga rumah. Sebaliknya GBP terus melemah berikutan berita berkenaan Brexit di mana  laporan ITV mengatakan bahawa rundingan antara kerajaan dan parti Buruh hampir gagal.

Kerajaan sebelum ini mengesahkan bahawa UK akan mengambil bahagian dalam pilihan raya 23 Mei parlimen Eropah, walaupun ini telah dijangkakan secara meluas. Terdapat peluang bahawa UK masih boleh meninggalkan EU menjelang tarikh ini apabila kerajaan dan Buruh bersetuju dengan kesepakatan Brexit kompromi. Isu mengenai sama ada UK harus tetap menjadi anggota kesatuan kastam Kesatuan Eropah yang menjadi penghalang utama. Pilihanraya parlimen EU pada 23 Mei, yang diwajibkan oleh UK untuk mengambil bahagian, akan memberikan ujian litmus terkini mengenai sokongan orang awam UK, untuk Brexit, dan sokongan terhadap kedua-dua parti pro-EU dan parti anti-EU

Secara keseluruhannya, isu Brexit telah menyebabkan Pound lemah berbanding matawang lain. GBP menunjukkan penyusutan nilai lebih 0.4% berbandaing matawang major dengan penyusutan berbanding Yen pada 0.65%.

GBPJPY menjunam ke paras terendah Febuari, manakala EURGBP naik ke paras tertinggi dalam 5 hari. GBPJPY dijangka kekal tertekan berikutan paras support di bawah “descending triangle” telah pecah sejak harga tinggi pada Mac.

Kejatuhan berterusan memberi peluang dan tumpuan kepada paras terendah Febuari 141.00- 141.70. Support harian terdekat di paras 141.50 dan Resistance di 143.70.

Selain itu, Analisa teknikal menunjukkan carta harian Daily Bollinger Bands semakin menurun. RSI telah melepasi para oversold sejak hari Jumaat manakala garisan MACD turut menurun berikutan “bear cross” untuk harian.

Brexit dan ketidaktentuan implikasi terhdapa ekonomi UK dianggarkan memberi tekanan kepada Pound.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.