FX News Today
- Pasaran kekal agak panik menjelang hari akhir tarif pada Jumaat.
- Komen daripada Presiden Trump mengatakan bahawa persetujuan masih lagi boleh berlaku menyebabkan pasaran saham mengukuh di sesi Asia tetapi kembali ke situasi sebelum komen selepas reaksi awal.
- Pasaran Jepun kembali ke angka negative selepas kenaikan awal dan ditutup rendah dengan Topix dan Nikkei masing masing turun -0.18% dan 0.47%.
- Harga WTI didagangkan di paras USD 61.92 setong.
- Eksport Jerman mengukuh pada bulan Mac – Data dagangan Jerman menunjukkan aliran positif pada bulan Mac dan Q1, walaupun terdapat kebimbangan isu dagangan US-EU yang masih agak perlahan.
- Kaunter hadapan saham eropah menaik, manakala kaunter hadapan US telah pulih dari kerugian semalam dan tidak banyak berubah. Inin berikutan pasaran masih lagi berharap ada persetujuan dalam isu US-China.
Carta Hari Ini
Sudut Teknikal
- USDJPYmenyusut ke paras 109.51. Berikutan sesi “risk-off” dimana Wall Street and pulangan Bon “Treasury yields” tertekan dan memberi impak kepada pasangan matawang ini. Pasangan ini Berjaya bertahan menjelang sesi EU dan kini bergerak melepasi paras PP. KEseluruhannya, pergerakan masih lagi bearish, di mana paras terendah Febuari 4 pada 109.43 kekal paras support yang kukuh, dan sekiranya Berjaya dipecahkan, paras 109.00 akan menjadi sokongan penting.
- USDCADmengukuh ke paras tertinggi dalam 2 minggu di 1.3505 berikutan penurunan harga minyak mentah dan pengukuhan USD. Terdapat sedikit permintaan pada 1.3500. USDCAD kini didagang di antara 1.3505 dan 1.3430. Paras tertinggi April 3516-1.3521 perlu dipecahkan untuk memberi sokongan kepada bullish.
- USOIL tidak banyak berubah dan kekal setempat di dalam lingkungan harga pada Isnin lepas di antara $60.00 and $62.92. Kebimbangan perang dagang US/China menyebabkan minyak mentah sedikit tertekan dan kemungkinan kehilangan permintaan. Eksport Libya (~1.0 juta tong/hari) kini juga dalam risiko berikutan perang saudara yang mengancam proses minyak dan isu sekatan eksport minyak dari Iran dan Venezuela juga mengancam penawaran serta pengurangan produksi OPEC+ berpotensi mengurangkan bekalan dalam pasaran. Kemungkinan harga minyak untuk mengukuh adalah tinggi.
Data Ekonomi Utama Hari Ini
- Gross Domestic Product (GBP, GMT 08:30)– Data ekonomi paling penting, bacaan awal Q1 GDP dijangka tidak berubah pada 0.2% q/q.
- Consumer Price Index and Core (USD, GMT 12:30) –Data utama CPI dijangka menaik 0.4% untuk bulan April, tidak berubah berbanding March. Data keseluruhan CPI dijangka naik 2.1% y/y dari 1.9% di bulan March. US Core CPI dijangka naik 0.2% di bulan April, selepas kenaikan 0.1% di bulan March.
- Labour Market Data (CAD, GMT 12:30)– Kadar pengganguran (unemployment rate) dijangka kekal pada bulan April iaitu di paras 5.8%, peluang pekerjaan baru (employment change) dijangka menokok ke 1K, selepas pengurangan 7.2k pekerja di bulan March.
Paras Support and Resistance levels
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.