Data GDP UK Menepati Ramalan Tetapi Reaksi Pasaran Mendatar

GBPJPY, Daily

UK preliminary Q1 GDP menepati ramalan pasaran dengan pertumbuhan sebanyak 0.5% q/q, kenaikan berbanding pertumbuhan 0.2% di Q4. Data y/y dicetak pada 1.9%, menaik dari 1.4% y/y pada suku sebelum. Kebanyakan data disebabkan penambahan aktiviti menjelang Tarikh akhir Brexit pada 29 March (sebelum persutujuan baru pada 31 Oktober), di mana sector perkilangan menokok 2.2% q/q. Perlaburan perniagaan (business investment) menokok 0.5% untuk suku tahun pertama selepasan penguncupan selama 4 suku berturut turut. Pengeluaran Industri naik 0.7% m/m dan 1.9% y/y, melebihi anggaran kadar median pada 0.2% and 0.6%. Data dagangan menunjukkan penmbahan deficit dari GBP 8.9 bln ke GBP 18.3 bln pada Q1.

Walaubagaimanapun, data positif ini tidak mendapat reaksi pasaran berikutan isu ketidaktentuan Brexit. Pound melonjak ke paras  1.3020 dari paras penting 1.3000 pivot dan GBPJPY melonjak ke 142.98.

Walaubagaimanapun, kedua pasangan matawang kekal dalam trend menurun minggu ini. Cable ditutup pada paras 1.3172 Jumaat lepas dan menyusut ke paras 1.2967 semalam ( -1.6% ) paras terendah bulan May selepas rundingan antara kerajaan dan pembangkang masih buntu. Ketua pembangkang Corbyn menegaskan mereka tidak akan bertolak ansur dan kerajaan masih gagal memberi tawaran yang menatik. GBPJPY lebih negatif berikutan sentiment pasaran risk off mengukuhkan Yen, ia jatuh dari paras 146.29 (Jumat lepas) ke paras rendah dalam 9 hai 142.22 (-2.8%). RSI di paras 35 dan MACCD dibawah garisan 0 dan masih mempunyai momentum. Support seterusnya adalah di 200 DMA pada 141.40, dan R3 di 144.50 serta paras psikologi 145.00 adalah resistant yang kukuh.

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.