GER30, H4 dan Daily
Eurozone HICP inflation diterbitkan pada 1.7% y/y seiring dengan anggaran awal dan naik dari paras 1.4% y/y pada bulan lepas. Perbezaan antara Mac/April adalah berkaitan dengan perayaan Easter, yang memberi kesan terhadap harga barang dan menyebabkan para inflasi berasaskan servis menyusut ke 1.1% y/y pada bulan Mac sebelum rebound semula ke paras 1.9% y/y pada April. Kenaikan pada bulan April mungkin disebabkan oleh factor lain. Kenaikan kadar gaji dilaporkan menaikkan harga jualan terutamnya dalam sektor servis dan ini dapat dilihat apabila core inflation telah disemak naik ke 1.3% y/y daripada 1.2% y/y yang dilaporkan.
Ini seiring dengan komen ECB yang memberikan tumpuan terhadapa kemajuan dalam perkembangan ekonomi dan inflasi. Ini memberi sokongan kepada pandangan awal bahawa ECB tidak akan memotong kadar faedah atau memlancarkan semula QE. Walaubagaimanapun, Bund kekal di paras tertinggi harian dan 10-year yield menyusut -1.5 bp ke -0.111%.
Stok Eropah juga menunjukkan sedikit penurunan, dan DAX masih kekal baik. Bursa German ini telah menyusut sedikit -0.75% pada hari ini, tetapi masih kekal diatas 12200 dan 20-day SMA pada paras 12213.
Kenaikan trend untuk tahun ini kekal baik dan dari sudut teknikal, indeks kekal stabil walaupun bulan yang agak mencabar. Laporan “earning” dari syarikat korporat agak baik dan mengekalkan GER30 di dalam upchannel, yang disokong oleh 50-day SMA.
Support untuk hari ini adalah paras tertinggi Rabu pada 12130 dan support terdekat pada 12160.20. Sekiranya pecah, ia mungkin menguji paras 50-day SMA di 11900. Resistance dalah pada aras 61.8 Fibonacci retracement di 12330, berdasarkan penurunan 2018. Paras terkuat Resistance adalah pada paras tertinggi tahun ini pada 12443.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.