AUDJPY merupakan pasangan matawang menarik dimana ia sentiasa bergerak menurut sentiment pasaran. Apabila pasaran dalam keadaan “Risk-On”, AUDJPY cenderung untuk mengukuh ke atas. Manakala apabila sentiment pasaran bertukar kepada “Risk-Off” atau panik, ia cenderung untuk menurun dengan sangat radikal. Ini memberi peluang dagangan yang menarik untuk para pedagang di dalam mana-mana situasi pasaran.
Persamaan pergerakan AUDJPY dengan sentiment pasaran dapat dilihat pada tahun 2019 dengan begitu jelas. Bagi keadaan “Risk-On”, ia dapat dilihat AUDJPY mengukuh apabila pasaran saham mendapat tumpuan daripada para pelabur. Satu gerakan pengukuhan pasaran saham dapat dilihat pada index USA30 yang mewakili Index Dow Jones mulai 25 Mac selepas dan ia terus mengukuh dalam satu momentum yang kuat sehingga 23 April 2019. Pada masa sama, AUDJPY turut dilihat mulai mengukuh pada tarikh yang sama, dan menokok lebih 250 pip sepanjang tempoh gerakan “Bull” oleh USA30 bagi selang masa yang disebut di atas.
Gerakan AUDJPY berasaskan sentiment “Risk-Off” di pasaran dapat dilihat pada 6 May 2019. Ini berikutan pegumuman pada 5 May 2019 oleh Presiden US Donald Trump yang hendak menambah kadar tarif ke atas barangan daripada China. Akibatnya, AUDJPY dibuka dengan “gap” ke bawah sebanyak 90 pips dan kekal tertekan sehingga ke hari ini. Kesan perang dagang US/China ini turut dapat dilihat di US30 di mana pasaran saham turut merasai tekanan daripada isu ini. Kenyataan Trump telah menimbulkan panik di pasaran, ini menyebabkan para pelabur mencari matawang “Safe Haven” seperti JPY, CHF dan Gold. Pada masa sama, mereka melepaskan pegangan mereka dalam matawang komoditi seperti AUD, NZD dan CAD. Kesan paling jelas data dilihat pada matawang AUDJPY, dimana matawang ini telah menyusut lebih 250 pips sepanjang bulan May berikutan keadaaan pasaran yang “Risk-Off”. Buat masa ini, pergerakan AUDJPY tidak menunjukkan sebarang tanda sentimen dalam pasaran kembali pulih.
Sentimen pasaran yang masih tidak tentu memberikan tekanan kepada matawang AUDJPY dan dijangka perkara ini akan berlarutan sehingga mesyuarat G20 pada bulan hadapan. AUDJPY akan kekal tertekan sehingga satu penyelesaian komprehensif dapat dicapai dalam isu perang dagang antara US/China. Sila jaga risiko yang bersesuaian dengan corak dagangan anda.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.