Berita Pasaran & Data Penting

Berita Pasaran & Data Penting

Berita FX Hari Ini

  • Kenaikan Wall Street pada hari Khamis gagal memberikan impak kepada bursa Asia, di mana impak daripada kemungkinan pelonggaran polisi dan komen yang “dovish” oleh Fed, BoJ and ECB telah mulai hilang dan ketidak tentuan pasaran kembali menghantui.
  • Ketegangan antara US-Iran memberi kesan kepada sentiment pasaran. New York Times melaporkan bahawa Presiden Trump telah meluluskan tindakan ketenteraan ke atas Iran tetapi membatalkan arahan tersebut pada saat akhir.
  • Nikkei jatuh -0.8%, tetapi Shanghai Comp Berjaya menokok 0.5% berikutan harapan rundingan US-China pada siding G-20 minggu hadapan.
  • USA500 berjaya mencatatkan kenaikan rekod tertinggi semalam berikutan pasaran menjangkakan potongan kadar faedah, tetapi indeks futures sedikit negative berikutan kebimbangan pasaran di sesi Asia dan GER30 turut menurun.

 

Carta Hari Ini

 

Sudut Teknikal

  • USOIL mengukuh 6% atau lebih $3 ke paras tertinggi Jun $57.37. Isu Drone US yang ditembak Iran di Teluk Parsi dan tindakan tweet Trump mengtakan Iran membuat kesilapan besar menyebabkan harga minyak naik ke aras $56.20. Paras Support hari ini adalah $56.00, mungkin paras $55.20 menjadi titik retest. Resistance adalah di paras $58.50-59.00 seperti yang dilaporkan semalam.
  • Cable kehilangan momentum naik dan kini 25-35 pips di bawah harga tertinggi. BoE memotoong anggaran perkembangan Q2 GDP ke 0% q/q berbanding 0.2% dan menyatakan inflasi kekal stabil. Cable mencatatkan harga tertinggi dalam 8 hari 1.2727. Pound agak lemah berbanding Euro dan matawang lain. Matawang utama UK ini telah didagang pada harga diskaun 10-15% (trade-weighted Brexit discount) sejak undian meninggalakn EU pada Jun 2016. Cable mempunyai paras  resistance di 1.2730 dan Support di 1.2665.

Data Penting Hari Ini

  • Markit Manufacturing PMI (EUR, GMT 07:30) –data awal Preliminary Manufacturing PMIs di Jerman dan Eurozone dijangka naik pada bulan Jun, ke 44.5 dan 48.1.
  • Retail Sales and Core (CAD, GMT 12:30) – Retail sales Kanada dijangka susut 1% untuk April, di mana dijangka kenaikan 0.9% tidak termasuk auto, data bulan sebelum (Mac) adalah 1.1% dan kenaikan 1.7% (ex-auto).
  • Markit Manufacturing PMI (USD, GMT 13:45) – data awal Preliminary Manufacturing dan Servis PMIs dijangka naik pada bulan Jun ke 52.5 dan 53.2.

Paras Support dan Resistance

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.