Berita FX Hari Ini
- Pasaran Asia didagangkan lemah, kelemahan pasaran US semalaman jelas memberi kesan kepada dagangan pada pagi ini.
- Ini berikutan akhbar China menyalahkan US berikutan ketegangan perang dagang US dan China. Malah dikhabarkan China sedang mempertimbangkan untuk menyekat eksport bendalir bumi (rare earth) ke US.
- ASX 200 susut -0.8%, Nikkei susut -1.3% manakala Han Seng (-0.5%) dan Shanghai Comp (0.1%) masing-masing diniaga rendah.
- Pulangan 10 tahun (10yr yield) bon Australia jatuh di bawah paras kadar faedah 1.5%. Kebarangkalian RBA memotong kadar faedah pada minggu hadapan adalah sangat tinggi.
- US Dollar diniagakan kukuh berikutan data yang baik dari US Consumer Confidence. Euro dan GBP gagal memecahkan paras 1.1200 dan 1.2700 berikutan pengukuhan USD.
Carta Hari Ini
Sudut Teknikal
- EURUSD – Harga terendah intraday di harga 1.11580. Paras seupport seterusnya ialah di 1.11500 dan harga terendah 23 Mei 1.11070.
- USDCAD – Harga kini di paras tertinggi semalam dan mencabar paras 1.35000. Mesyuarat BoC akan menjadi tumpuan. Paras resistant 1.3510 dan support 1.34770 dan 1.34600 adalah paras yang perlu diperhatikan
Data Penting Hari Ini
- Mesyuarat Polisi BoC (CAD, 10.00 malam Malaysia) – Dijangkakan tiada perubahan kadar. Intonasi agak neutral berikutan ketidak tentuan pasaran global. Kenyataan Gabenor Poloz akan menjadi tumpuan.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.