Analisa Fundamental: Perkembangan Terkini Polisi Matawang US Dollar

Tahun 2019 merupakan tahun yang agak mencabar untuk kebanyakan bank bank pusat utama dunia. Ketidak-tentuan ekonomi telah menyebabkan Bank Pusat terpaksa menilai semula polisi matawang mereka. Isu perang dagang yang tiada penghujung di antara US dan China turut menyebabkan tekanan kepada ekonomi dunia. Di sini, pihak kami telah membuat rumusan mudah status polisi matawang terkini untuk matawang utama dunia iaitu US Dollar.

Selepas polisi yang “hawkish” sejak dari 2015. Federal Reserve telah menilai semula polisi mereka pada tahun 2019 berikutan keadaan ekonomi global yang mula memberi kesan kepada ekonomi US. Mesyuarat FOMC pada bulan Mac menunjukkan bahawa FOMC telah mengubah “projection” ekonomi kepada TIADA kenaikan kadar untuk tahun 2019. Ini secara tidak langsung mengubah kedudukan USD dari “Bullish” kepada “Neutral”. Tetapi Fed Chair Gabenor Powell masih lagi optimis mengenai perkembangan ekonomi pada ketika itu. Walaubagaimanapun, mesyuarat polisi FOMC pada bulan Jun akan menjadi penentu kerana pada penghujung bulan May. Gabenor Powell memberi kenyataan yang agak dovish berikutan ekonomi US yang mendatar.

Para penganalisa meramalkan FOMC Jun akan menjadi penentu sama ada akan ada penurunan kadar faedah untuk tahun 2019. Keputusan dijangkakan pada awal pagi Khamis 20 Jun 2019, tumpuan utama adalah kepada “projection kadar faedah” dan sidang media Gabenor Powell.

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.