Mesyuarat FOMC pada bulan Jun 2019 memberikan satu titik perubahan kepada US Dollar. Fed telah memberikan panduan awal (forward guidance) bahawa mereka mungkin akan memotong kadar faedah di masa hadapan. Ini menyebabkan USD mengalami kejatuhan dari paras 97.00 ke paras 96.00 dalam masa 2 hari.
Untuk timeframe weekly, USD index kini berada betul-betul diparas 50 Weekly Moving Average Dan 200 Moving Average. Ia akan menjadi penentu sama ada USD akan terus menyusut (sekiranya paras di atas dipecahkan) atau pun ‘rebound” (sekiranya berlaku “rejection”).
Untuk timeframe daily, USD index kini didagangkan pada 96.10 (Jumaat Petang) dan penjual masih lagi menguasai pasaran. Harga telah melepasi paras 50 Daily Moving Average dan 200 Daily Moving Average. Paras 96.30 merupakan resistance penting dimana ia berhampiran dengan titik Support become resistance (SBR) 200 Daily Moving Average. Resistance seterusnya adalah di 97.20 (50-DMA). Sebarang kejatuhan dalam USD Index memungkinkan support di paras 95.70 dan 95.15. Harga terendah untuk 2019 adalah 94.60.
Implikasi sentiment semasa turut perlu diberi perhatian di mana Presiden Trump dijangka bertemu residen Xi di Sidang G20 minggu hadapan dan juga ketegangan geo-politik US-Iran.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.