Kenyataan Dovish Pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan Kongres US pada minggu ini membantu GBP/USD kembali melonjak daripada paras terendah dalam 6 minggu (1.2440) sehingga ke paras 1.2570 pada 11 Julai.
Walaubagaimanapun GBP kekal dalam keadaan tertekan berikutan kerisauan pasaran dalam isu pemilihan Perdana Menteri UK yang baru dan kemungkinan “No-deal Brexit”. Menteri Kewangan UK, Philip Hammond memberi kenyataan bahawa “rundingan semula Brexit” adalah kemungkinan yang tinggi tetapi pada masa sama turut tidak menolak kemungkinan “no-deal Brexit”. Berikutan itu, para penganalisa utama di pasaran kini meramalkan kemungkinan tindakan polisi BoE seterusnya adalah cenderung kepada pemotongan kadar faedah berbanding mengekalkan polisi. Ini turut menambah tekanan pada Pound.
Menurut sumber data dari CME Group, pasaran hadapan (Futures market) turut menunjukkan ‘open interest’ merosot sebanyak 2,700 kontrak, kejatuhan pertama sejak 26 Jun. Volum turut menurun sebanyak 6.8k kontrak.
Berdasarkan senario semasa, resistance yang kukuh adalah 1.2570 manakala resistance berikut berada di 1.2634 yang juga paras MA 200 (H4). Paras support pula berada di nombor bulat 1.2500 diikuti paras terendah 1.2440. Harga pada ketika artikel ini ditulis adalah dibawah paras MA50 (H4) iaitu 1.2540.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.