Pergerakan AUD Dijangka Dipengaruhi Oleh Faktor Luaran

Laporan sektor buruh untuk bulan Jun yang dikeluarkan pada pagi ini menunjukkan kenaikan yang cukup kukuh dalam sektor pekerjaan sepenuh masa (full time employment), tetapi sektor pengangguran (unemployment) kekal pada 5.2%.  Reserve Bank of Australia (RBA) telah memotong kadar faedah sebanyak dua kali pada bulan Jun dan Julai di dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dan menaikkan kadar inflasi. Pasaran meramalkan bahawa RBA akan memotong kadar sekali lagi pada penghujung tahun. Berikutan data ekonomi yang agak bercampur dari pasaran buruh, RBA dijangka akan mengamalkan sikap tunggu-dan-lihat untuk polisi semasa bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

Sehubungan itu, AUD dijangka lebih dipengaruhi dan didorong oleh faktor luaran dalam pergerakan harga. Sebarang ketegangan adalam isu perang dagang memungkinkan AUDUSD terus tertekan dan melakukan pembetulan negatif. Paras harga 0.7047 merupakan resistant yang kukuh diikuti paras 0.7090 (paras 200DMA). Manakala 0.6950 merupakan paras support yang kukuh (selaras dengan paras 50DMA) dan 0.6908 adalah support terendah untuk bulan Julai.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.