Data PMI Yang Lemah Terus Menekan EUR & ECB

EURUSD, H1

Euro kekal di bawah tekanan selepas penerbitan data PMI. Terdahulu, ekonomi utama Perancis dan Jerman mencatatkan angka ‘composite’ yang lebih rendah daripada jangkaan. Sektor pembuatan Jerman terus merosot dengan kadar membimbangkan pada kadar 43.1, di mana indeks ini berada pada paras tujuh tahun rendah dan penguncupan ekonomi berlaku pantas seiring dengan kelembapan perdagangan global. Negara Jerman adalah negara yang prestasi sektor eksportnya dikagumi beberapa tahun yang lalu kini nampaknya merupakan salah satu daripada korban terbesar akibat ketegangan perdagangan yang sedang berlangsung, dengan sektor automatif menjadi salah satu yang sector paling teruk terkesan. PMI Jerman dan Perancis menyerlahkan kelemahan dalam pembuatan. Pengilangan PMI Perancis jatuh kepada 50.0 dalam bacaan awal Julai dari 51.9 pada bulan Jun.

Mengambil kira kemungkinan tinggi scenario ‘no-deal Brexit’, ia menambah tekanan kepada Draghi untuk melonggarkan kawalan polisi sekali lagi dan menambahkan spekulasi kemungkinan potongan 10 peratus potongan faedah pada mesyuarat esok. Data bond Jerman (10-year yield) menunjukkan paras terendah dalam rekod dan jatuh ke paras -0.3856% selepas penerbitan data.

Germany Manufacturing PMI

sumber: tradingeconomics.com

Pada hari ini Daimler melaporkan kerugian 1.56 billion Euros sebelum faedah dan cukai untuk suku kedua tahun ini. Syaritak Jerman ini mengatakan bahawa perbelanjaan satu kali (one-off) 4.2 billion Euro menyumbang kepada kerugian operasi untuk suku kedua, jika dibandingkan keuntungan 2.6 billion Euro pada tahun lepas.¹ Data keseluruhan Eurozone PMIs adalah dibawah jangkaan pasaran, bukan suatu kejutan memandangkan data Jerman dan Perancis yang lemah dan data untuk bulan Julai ‘flash manufacturing PMI’ adalah 46.4 berbanding jangkaan 47.7 dari Jun. Data ‘Services PMI’ yang penting diumum seiring dengan jangkaan 53.3, sedikit merosot dari bacaan bulan Jun 53.6.

Data ‘manufacturing PMI’ kini di paras terendah dalam 79 bulan, bacaan ‘manufacturing output’ kini di paras terendah 75 bulan dan Markit melaporkan bahawa syarikat kini mengurangkan pengambilan pekerja baru dan tekanan inflasi kini “menjadi semakin lemah”, data ini akan menambah tekanan pada Draghi untuk bertindak tegas dan mungkin mengurangkan kadar seawal esok.

EURUSD jatuh di bawah S1 pada 1.1126, EURJPY turun ke 120.20 dari 120.56 dan EURGBP jatuh ke 0.8937 dari 0.8962.

 

¹ https://uk.reuters.com/article/uk-daimler-results/daimler-second-quarter-hammered-by-one-off-diesel-charges-idUKKCN1UJ0FS

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.