Federal Open Market Committee (FOMC) telah bermesyuarat dan mengumumkan mereka memotong kadar faedah sebanyak 0.25% pada awal pagi ini dan turut menghentikan proses ‘Quantitative Tightening’. Walaubagaimanapun, US Dollar terus mengukuh berikutan pasaran melihat pemotongan ini sebagai satu ‘Hawkish Cut’. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell memberikan nada hawkish pada sesi sidang akhbar dimana mengecewakan para peserta pasaran yang mengharapkan tindakan lebih agresif dan dovish daripada Fed.
Beliau memberitahu pasaran bahawa pemotongan kadar hari ini bertujuan untuk meningkatkan inflasi dan mengambil langkah selamat (insuran) terhadap risiko ekonomi berikutan ketidakpastian ekonomi global dan kebimbangan perang dagang. Fed turut menegaskan bahawa prospek ekonomi pada waktu ini adalah baik. Powell turut memberi penekanan kepada kekuatan pasaran buruh, peningkatan jualan runcit baru-baru ini dan daya tahan keseluruhan dalam ekonomi.
Berikutan itu, USD Index melonjak melepasi paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan, melepasi paras rintangan 98.32 yang kini menjadi support. Momentum ke atas kini masih lagi kuat, di mana paras resistant yang seterusnya adalah 99.26 diikuti resistant berikutnya di 99.73.
Untuk dagangan harian, paras harga dagangan terkini adalah di 98.57 yang bersamaan dengan paras R1 daily pivot (H1), harga tertinggi semalam 98.42 adalah support H1 yang seterusnya. Manakala Daily pivot berada di 98.15, manakala R2 merupakan resistant seterusnya di 98.83.
Mengambil kira data Non-Farm Payroll yang akan diumumkan esok, ramalan pasaran menganggarkan kadar gaji akan meningkat. Di mana ia sesuatu yang positif untuk US Dollar. Sekiranya data seperti yang diramalkan, pengukuhan Dollar dijangka berterusan untuk satu tempoh yang agak lama.
Harus diingatkan juga bahawa Presiden Trump mungkin tidak gembira dengan keputusan FED ini, beliau mungkin akan melakukan intevensi secara oral untuk melemahkan Dollar.