AUD Mengukuh Selepas Data Sektor Buruh Yang Positif

AUD bergerak lebih tinggi selepas data sektor buruh yang positif. Employment Change (Pekerjaan Baru) bertambah +41.1K berbanding jangkaan +14.0K, di mana data bulan lepas hanya +0.5K. Manakala Unemployment Rate (Kadar Pengganguran) kekal 5.2% seperti jangkaan dan data bulan lepas. Participation Rate naik ke 66.1% berbanding jangkaan 66.0%.

Jangkaan pasaran mengenai kemungkinan pemotongan kadar faedah RBA pada mesyuarat akan datang menurun selepas penerbitan data buruh. RBA masih lagi dijangka mengekalkan polisi mengendurkan kawalan matawang.

Harga AUDUSD kini berada di 0.6776, di atas paras 50MA 4H. Diikuti support yang kukuh 0.6748 dan harga terendah minggu lepas 0.6677Paras resistance pula di 0.6818. Sebarang pecahan paras ini memungkinkan pembentukan formasi ‘inversed head & shoulder’.  Harga 0.6867 dan 0.6921 (200 MA 4H) adalah paras resistance yang seterusnya.

Sentimen pasaran masih lagi negatif, kemungkinan sentimen ‘risk-off’ pada bila-bila masa juga tinggi. Sila jaga risiko anda.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.