AUD kekal kukuh selepas penerbitan minit mesyuarat RBA. RBA memaklumkan bahawa kadar faedah akan kekal rendah untuk satu tempoh yang agak lama, tetapi intonasi agak ‘hawkish’ apabila menegaskan bahawa perkembangan ekonomi adalah baik untuk Q2 dan kadar inflasi yang stabil.
Julat pergerakan harga AUDUSD kini semakin mengecil dan ia dapat dilihat apabila formasi triangle terbentuk. Sebarang pecahan terhadapa formasi ini memungkinkan pergerakan harga yang agak besar julatnya. Harga AUDUSD kini berada sedikit di atas 50 SMA (H4) dan didagang di linkungan 0.6812. Paras Support yang kukuh adalah di 0.6736 diikuti harga terendah bulan Ogos 0.6675. Manakala paras resistant terdekat adalah 0.6820 diikuti 0.6865.
Diambil kira sentimen pasaran yang positif, kemungkinan AUD terus mengukuh adalah tinggi. Penerbitan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis mungkin memberikan pergerakan harga yang besar buat matawang AUDUSD.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.