USOIL Mengukuh Selepas Data API dan Ketegangan di Iran.

USOIL kekal kukuh walau pun ketegangan dalam isu Iran masih belum ada jalan penghujung. Setiausaha kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan berkata US akan mengambil tindakan mengikut sekatan yang dilaksanakan dan akan menghalang sebarang penghantaran minyak dari Iran ke Syria. Ini diikuti komitmen dari Australia yang akan menghantar bantuan untuk memantau Teluk Hormuz.

Data API Weekly Crude Oil Stock (Aug 16) menunjukkan sedikit penurunan ke 3.5M berbanding 3.7M. Ia turut membantu dalam peningkatan harga USOIL semalaman.

USOIL kini didagang di harga $56.20 (pada ketika artikel ditulis)dan kini berada di paras 50 DMA dan 200 DMA. Carta teknikal Daily menunjukkan bahawa harga minyak telah ditolak pada paras 61.8% ($51.71) dan ia kekal kawasan support yang kukuh. ini diikuti support pada paras 50.0% fibonacci retracement pada $54.44. Kawasan resistant yang kukuh adalah pada $57.38 yang juga merupakan harga tertinggi untuk bulan Ogos. Ia diikuti resistant pada $60.89 (23.6 fibo).

Dari segi struktur, harga dagangan kini menghampiri upper trendline. Sebarang pecahan memungkinkan kenaikan sehingga $60.

Data “Crude Oil Stocks Change report” dari “Energy Information Administration (EIA)” untuk minggu berakhir 16 Ogos akan diterbitkan pada malam ini. Ia akan diikuti penuh minat oleh para pelabur di mana sekiranya data adalah sama dengan jangkaan atau lebih baik. Ia akan menyebabkan pengukuhan harga minyak.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.