Rizab Persekutuan US (Federal Reserve) sedang mengadakan mesyuarat polisi matawang (FOMC) mereka dan keputusan dijangka akan diumumkan pada awal pagi Khamis. Para penganalisa pasaran meramalkan bahawa ahli jawatankuasa FOMC akan menurunkan kadar faedah sebanyak 0.25%.
(Sumber: CMEGROUP)
Dengan kebarangkalian potongan kadar faedah telah pun dijangka oleh pasaran, reaksi utama pasaran bergantung kepada 2 perkara berikut:
- ‘Forward guidance’ FED melalui unjuran ‘dot plot’.
- Sekiranya unjuran dot plot menunjukkan kebarangkalian potongan kadar seterusnya pada tahun 2020. USD dijangka akan mengukuh berikutan kemungkinan pasaran kecewa dengan komitmen FED dalam polisi pelonggaran matawang.
-
- Sekiranya unjuran dot plot menunjukkan kebarangkalian potongan kadar seterusnya pada Disember 2019 dan potongan seterusnya pada tahun 2020. USD dijangka sedikit lemah berikutan komitmen FED dalam polisi pelonggaran matawang. Walaubagaimanapun, kemungkinan USD untuk lemah hanyalah untuk tempoh yang singkat.
- Komen Pengerusi Fed Jerome Powell di sidang media mengenai sector buruh, inflasi dan perang dagang.
Tekanan berterusan untuk kadar faedah yang lebih rendah oleh Presiden Trump dijangka turut memberi kesan kepada pergerakan Dollar. Pasaran menjangkakan Presiden trump akan menggunakan ciapan Twitter selepas pengumumkan FOMC. Ini dijangka akan memberi kesan volatiliti yang tinggi kepada pasaran.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.