EURO Terus Tertekan Pasca Data PMI Jerman Yang Lemah

EURO terus tertekan berikutan data PMI Jerman dan Perancis menunjukkan kemorosotan yang ketara. German Markit Manufacturing Flash PMI untuk bulan September mencatatkan 41.4 vs. berbanding jangkaan 44 (Ogos 43.5)

IHS melaporkan bahawa ekonomi agak merosot menuju ke suku terakhir 2019 dan berdasarkan keadaan sekarang, tiada pertumbuhan ekonomi dijangka sebelum akhir 2019. Berikutan data yang lemah, EURUSD jatuh dari 1.1002  ke 1.0977, dan GER 30 (DAX) jatuh dari 12428.00 ke 12289.50.

EURUSD kini cuba menguji paras support become resistance (S1) di 1.0985 di mana sebarang kegagalan akan memungkinkan paras support S2 di 1.0954 diuji. Manakala GER30 telah menguji paras support S3 di 12277.48 (bersamaan 200 H1 SMA) dan paras tersebut masih utuh. Sebarang pecahan akan menguji paras support seterusnya di 12243.60 manakala paras resistance (S2) di 12337.21.

Dengan pelaksanaan polisi matawang terbaru oleh European Central Bank (ECB) dengan memotong kadar faedah sebanyak 0.10% ke -0.50% serta pengenalan semula program QE sebanyak 20 bilion euro sebulan. Hala tuju Euro kini lebih tertekan ke bawah untuk jangka pendek dan jangka sederhana.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.