GBPUSD kini Membetuk Tringle Pattern

Pasangan matawang GBPUSD masih menanti pemangkin sentimen untuk pergerakan seterusnya. Para pelabur masih agak pesimis dengan kemungkinan Brexit yang lancar dan ia terus memberi tekanan kepada GBP. Para pegawai EU melihat pelan baharu Brexit Perdana Menteri UK Boris Johnson sebagai tidak lengkap dan tidak menarik untuk Kesatuan EU.

Pengukuhan USD turut memberi tekanan kepada GBPUSD di mana isu positif rundingan dagang US-China dan perjanjian dagang US-Japan turut membantu memulihkan sentimen pasaran dan memberi sokongan kepada USD.

GBPUSD kini membentuk formasi segitiga (triangle pattern) di jangka waktu H4. Paras support seterusnya adalah di 1.2204 yang juga harga terendah bulan Oktober, ianya diikuti support seterusnya di 1.2160. Manakala paras resistance pula di 1.2410 dan diikuti 1.2510. Indikator MA50 kini menunjukkan crossing dengan MA200 pada 2 batang CS yang lalu.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.