BREXIT: GBPUSD Melepasi 1.3000 Berikutan Sentimen Optimis dari Pelabur

brexit
brexit

Pasaran masih lagi agak positif walaupun isu Brexit masih belum menemui penghujung jalan. Perdana Menteri UK Boris Johnson gagal dalam usaha beliau mendapatkan kelulusan dari perlimen di sidang khas Sabtu lepas. Sebaliknya beliau terpaksa menghantar surat permohonan lanjutan tempoh akhir Brexit. Ini menyebabkan pasaran agak bimbang buat seketika.

Walaubagaimanapun, perkhabaran tidak rasmi bahawa EU akan memberi lanjutan sehingga Febuari 2020 memberi kelegaan kepada pasaran. Ahli parlimen DUP turut memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan bergabung dengan parti Buruh dalam “Custom Union Amendment” turut memberi sokongan kepada GBP.

GBPUSD kini melepasi 1.3000 yang merupakan zon psikologi yang kukuh. Sekiranya paras 1.3000 kekal disokong,paras resistance berikutnya adalah di 1.3175 dan 1.3350. Parar support adalah di 1.2980 dan 1.2867. Berdasarkan situasi sentimen semasa, pengukuhan GBP adalah dijangkakan berikutan para pelabur optimis dengan kemajuan BREXIT.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.