Laporan Analisa Apple Menjelang Penerbitan Laporan Kewangan Untuk Suku Terkini

Pengenalan

Apple Inc. (APPLE),  di mana produk iPhone merupakan tunjang utama syarikat lebih dari 10 tahun, akan melaporkan laporan kewangan untuk suku berakhir 30 September 2019 selepas penutupan bursa US pada awal pagi Khamis 31 Oktober 2019. Apple kini adalah syarikat terbesar dunia dengan modal pasaran $ 1.126 trilion. Apple adalah sebahagian daripada saham FAANG, kumpulan saham internet dan teknologi: Facebook, Amazon, Apple, Netflix, dan Google.

Fundamental

Syarikat ini baru melancarkan barisan telefon terkini iPhone 11 pada September lepas, selepas melancarkan produk MacBook pada bulan Juai. Para pelabur meletakkan jangkaan rendah terhadap suku ini berikutan keadaan jualan iPhone yang perlahan pada tahun ini. Ini menyebabkan mereka agak berminat untuk melihat impak iPhone 11 terhadap angka pendapatan suku ini walaupun ianya baru berada dipasaran hanya 10 hari sebelum suku ini berakhir pada 30 September.

Sebahagian besar penganalisa pasaran meramalkan pulangan Apple pada ~$62 bilion yang turut sama dengan $62.9 bilion yang dilaporkan pada suku sama tahun lepas. Pendapatan setiap saham (earning per share) dijangka pada $2.48, lebih rendah dari $2.91 yang dilporkan pada tahun lepas.  Pulangan fiskal 2019 dijangka jatuh 2.7% kepada $258.43 bilion, selepas pendapatan 2018 naik 16% dan 2017 naik 6.3%.

Teknikal

Saham Apple kini dalam keadaan “bull run”, mencecah harga tertinggi pada $248.66 (28 Oktober). Ia menokok 70% pada tahun 2019 sahaja. Kini momentum masih lagi kea rah harga lebih tinggi berikutan situasi “risk-on” dalam pasaran, ini berikutan perkahbaran positif bahawa Presiden Trump dijangka menandatangi perjanjian dagang dengan China.

Saham Apple kini didagan pada $248.66. Dari perspektif teknikal, “bull candlestick” adalah dominan dengan kemungkinan kehadiran pergerakan “bearish” hampir tiada. Support terdekat adalah di 20 1H MA (dan juga mid-Bollinger band) pada harga $245.50, diikuti paras “resistance became support” pada harga $244.  Paras 50 1H MA adalah di $244 di mana Kawasan ‘support’ yang berikutnya. Harga tertinggi 2018 adalah jauh lebih bawah di $233.20.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.