Mesyuarat Polisi Matawang Bank Pusat England: Kejutan 2 Ahli Inginkan Potongan Kadar

RUMUSAN

Majoriti ahli jawatankuasa polisi matawang bersetuju mengekalkan kadar pada 0.75%.  Tetapi terdapat 2 ahli yang inginkan potongan kadar sebanyak 0.25% iaitu Haskel dan Saunders.

BoE menyatakan kemungkinan no-deal Brexit adalah sangat rendah berikutan persetujuan EU dan UK. Ini memberi peluang kepada peralihan ekonomi yang lebih tersusun.  BoE mengatakan bahawa ekonomi akan sedikit perlahan berikutan risiko global dan tempoh Brexit yang berlanjutan.

BoE meramalkan KDNK (GDP) naik dari 1.0% tahun ini ke 1.6% pada akhir 2020, 1.8% pada Q4 2021 dan 2.1% pada penghujung pengunjuran 2022. BoE tidak memberikan sebarang petunjuk jelas dalam pengunjuran untuk ekonomi hadapan dan ini agak menyukarkan pasaran untuk memahami langkah BoE seterusnya.

Teknikal

GBPUSD kini berada di dalam fasa formasi ‘double top’, Kawasan support yang juga neckline berada di paras 1.2800. Sekiranya berlaku pecahan pada paras ini, paras sokongan seterusnya berada di 1.2700 dan 1.2600.  Manakala resistance terdekat berada di 50-MA H4 di 1.2890 dan paras 1.2975.

Sentimen semasa jangka pendek agak kurang baik berikutan berita 2 ahli jawatankuasa yang inginkan potongan kadar. Pengukuhan USD turut memberi tekanan kepada GBPUSD.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.