Pergerakan Matawang USD Pada Minggu Lepas

Ini adalah rangkuman pergerakan matawang USD pada minggu lepas:

  • DXY naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu sebanyak 97.24 dalam perdagangan N.Y pada  minggu lepas. Data Q3 GDP (KDNK) dan angka ‘earning & consumption’ yang lebih teguh menyokong USD. Wall Street naik ke rekod tertinggi baru.
  • EURUSD dicatatkan kepada paras terendah lapan sesi di bawah 1.1070, selepas harga tertinggi 1.1170.
  • USDJPY naik sehingga pada tahap 109.67, harga terendah 109.17, julat pergerakan yang kecil.
  • USDCAD naik lebih 1.3185 daripada tahap terendah 1.3100 berikutan jualan runcit yang lemah untuk Kanada.
  • GBPUSD kembali ke paras sebelum pilihanraya dengan mencecah bawah 1.3000, lebih 500 pips kejatuhan selepas pilihanraya.
  • USDCHF ditutup sedikit rendah selepas data GDP US menyokong pengukuhan USD. Julat pergerakan harga agak kecil.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.