EURUSD: Menanti Pemangkin di Hari Pertama Dagangan Tahun Baru

EURUSD didagang agak rendah hari ini dan kini di paras 1.1203. EURUSD telah melakukan satu rali yang agak tinggi sejak dari pertengahan Disember 2019 dan akhiri tahun dengan mencapai paras 1.1239 yang merupakan resistance terdekat. Ini diikuti resistance seterusnya di 1.1285. Paras support seterusnya berasa di 1.1200 yang merupakan kawasan big round number. Support serusnya dijangka berada di pars fib. retracement 61.8% dan juga berhampiran dengan 50 SMA H4. Paras 200 SMA H4 di 1.1085 merupajan kawasan support seterusnya.

Berdasarkan sentimen semasa, penjualan matawang USD pada penghujung tahun oleh pelabur dijangka bersifat sementara. Secara fundamentalnya USD masih lagi lebih kukuh berbanding EURO. Tiada data penting daripada Eurozone dan US untuk hari ini.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.