Pasaran dalam mood ‘Risk-Off’ berikutan berita Covid-19 atau coronavirus yang semakin merebak ke seluruh dunia. Angka kini semakin meningkat terutama di negara Korea, Jepun dan Iran.
AUDUSD gagal mengekalkan momentum positif pada Jumaat lepas apabila dibuka dengan ‘gap’ ke bawah 0.6585 bersamaan paras terendah sejak 2018. Paras ini kini menjadi paras support yang penting untuk masa sekarang. Ia diikuti dengan paras S2 pivot 0.6563 dan S3 pivot di 0.6540. Resistance untuk hari ini berada di daily pivot di 0.6615 juga berhampiran dengan SMA 50. Ia diikuti dengan paras tertinggi Jumaat di 0.6638.
Dengan keadaan sentimen semasa, agak sukar untuk AUD mengukuh berikutan sifatnya sebagai matawang komoditi. Sekiranya isu Covid-19 terus menjadi tumpuan pelabur, ia akan terus memberi tekanan kepada AUD dollar.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.