Sentimen Semasa
EURUSD meneruskan pengukuhan sejak minggu lepas berikutan kebimbangan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin merebak ke seluruh dunia.
Isu koronavirus ini telah menimbulkan kebimbangan para pelabur, ia menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bon-bon terbitan Rizab Persekutuan US. Keadaan ini telah menyebabkan ‘bond-yield’ jatuh mendadak. Hasil pulangan bon-30 tahun jatuh ke rekod terendah 1.65% manakala hasil bon-10 tahun jatuh ke 1.08%. Data CME FedWatch menunjukkan kebarangkalian FED memotong kadar sebanyak 0.50% pada mesyuarat 18 Mac adalah tinggi. Keadaan sentimen semasa ini jelas memberi impak yang kuran baik untuk matawang US Dollar.
Analisa Teknikal
Ini secara langsung menyebabkan kelemahan USD yang ketara pada minggu lepas dan dijangka kekal lemah pada minggu ini. Dari sudut teknikal, EURUSD terus mengukuh dan kini berada di paras 78.6% retracement fibonacci dari julat harga tahun 2020. Resistance berikut berada di 1.1173 diikuti paras tertinggi pada awal Januari 2020 iaitu harga 1.1239. Paras support kini berada di 1.1095 yang juga berhampiran dengan 200 Daily MA. diikuti paras 61.8 fiboancci retracement 1.1063. MACD menunjukkan bacaan menghampiri ke paras 0, di mana merupakan indikasi bantuan untuk melihat sama ada kenaikan ini akan berterusan ataupun tidak.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.