USOIL: Menanti Keputusan OPEC Dalam Cadangan Pengurangan Pengeluaran Minyak Mentah

Sentimen Semasa

Harga minyak mentah WTI Oil (USOIL) melonjak dari paras terendah $43.45 dan kini didagang sekitar $47.00 setong. Pemotongan kadar faedah oleh FED membantu mengurangkan tekanan jualan ke atas USOIL yang disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap isu Covid-19. Permintaan terhadap minyak mentah menurun selepas kebanyakan industri terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 terutamanya industri penerbangan.

Pada minggu ini, delegasi OPEC dan OPEC+ akan bertemu di Vienna untuk membincangkan isu pengeluaran minyak mentah. Arab Saudi telah mencadangkan kepada OPEC+ untuk menurunkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong/sehari. Cadangan ini kurang dipersetujui oleh Russia dan ianya menyebabkan rali bullish USOIL terhenti setakat $48.55 sahaja. Para penganalisa pasaran melaporkan OPEC masih lagi berusaha memujuk Russia untuk bersetuju dengan penurunan pengeluaran minyak mentah untuk tahun 2020. Dengan kadar pengeluaran (supply) minyak mentah untuk 2020 sudah melebihi permintaan (demand) dan isu Covid-19, peluang untuk harga minyak kekal kukuh adalah sangat tipis sekiranya tiada penurunan pengeluaran tambahan untuk tahun ini. (Rujuk gamabrajah 1)

Sebarang berita positif dari mesyuarat di Vienna akan membantu menyokong pengukuhan semula harga minyak. Langkah kebanyakkan Bank Pusat memotong kadar faedah dijangka memberi sedikit impak positif.

Gambar: Kadar Permintaan Minyak Dunia (sumber: OPEC.ORG)

Analisa Teknikal

Dari sudut teknikal, USOIL kini masih dalam kawasan bearish selagi ia berada di bawah $50.00 setong. Support yang kukuh kini berada di $43.35 yang merupakan harga terendah tahun 2020. $46.08 (23.6% Fib retracement) adalah support paling hampir dengan harga semasa. Resistance terdekat berada di antara julat 50% fib retracement iaitu $49.03 dan support become resistance $49.30. Ia diikuti resistance berikut di kawasan harga $50.50 yang berhampiran dengan 61.8% fib retracement. Carta harian telah menunjukkan formasi bullish engulfing, walaubagaimanpun, ia masih memerlukan momentum bullish yang kukuh untuk meneruskan kenaikan. MACD menunjukkan kemungkinan bullish divergence akan terbentuk.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst –
HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.