Dead cat bounce atau “Kucing Mati Melantun”

Secara umum, para pelabur mencipta istilah ini sebagai tindakan lanjut kepada penurunan harga pasaran. Secara definisi, ” Dead cat Bounce ” adalah fenomena pasaran yang diterjemahkan ke dalam ‘rebound’ kecil bagi jangka pendek untuk harga sesuatu aset dalam penurunan harga bagi masa yang berpanjangan. Istilah ini didasarkan pada pepatah bahawa “kucing mati pun akan melantun jika ia jatuh cukup jauh dan cukup cepat”. Oleh itu di pasaran kewangan dikatakan bahawa walaupun aset jatuh dengan kelajuan yang besar, ia akan melantun kerana “kucing mati” pun akan melantun. Walau bagaimanapun, setiap kali terdapat pemulihan, trend awal dijangka akan disambung semula, membawa pengaruh penurunan harga kembali ke dalam pasaran.

Di samping itu, fenomena ini boleh berlaku di mana-mana pasaran, terutama sekali dalam pasaran ekuiti. Dan kebiasaannya ia dianggap sebagai corak kesinambungan.

Mengapa kita membincangkan topik ini sekarang? Pada bulan ini, ia adalah kali pertama selepas Black Monday 1987, kita telah melihat jualan harian (intraday) terburuk dalam pasaran saham. Sejak 20 Februari, pasaran saham memasuki pasaran jualan (bear) yang agresif dengan beberapa pergerakan rali yang kuat. Contohnya: Pada 13hb Mac, pasaran saham telah jatuh dengan dasyat sejak 2008, sehari selepas kejatuhan harga yang terburuk dalam 33 tahun. Ini adalah ‘dead cat bounce’ yang klasik.

Jika anda memerhatikan dengan teliti sifat pasaran saham pada bulan Mac, anda akan melihat bahawa terdapat penurunan yang dramatik, dengan pasaran menaik (reverse) sedikit selama beberapa hari, tetapi gagal untuk terus menokok, dan akhirnya jatuh sekali lagi. Ini adalah situasi dimana pengurus portfolio ingin menjual pegangan mereka dan apabila mereka melihat sedkit kekuatan di pasaran, memutuskan untuk melepaskan semula pegangan mereka. Ini adalah situasi yang kita kenali sebagai “dead cat bounce” selepas harga jatuh dari paras yang cukup tinggi. Walaubagaimanapun, tidak setiap pembetulan/pembalikan (correction/reversal) boleh ditafsirkan sebagai dead cat bounce.

Secara teorinya, terma ini boleh ditafsirkan sebagai:

  • Saham yang mengalami penurunan mendadak yang agresif mempunyai lantunan tajam dari paras terendah.
  • Pergerakan harga menaik yang kecil di pasaran menurun (bear) dan kemudian harga terus mnegalami kejatuhan.

Saya perlu memberi peringatan bahawa tiada cara mudah untuk menentukan terlebih dahulu sama ada pergerakan ke atas (upwards movement) adalah dead cat bounce yang akan jatuh semula dengan cepat atau ia adalah sebenarnya pembalikan trend (trend reversal). Tiada cara yang mudah dalam mengenal pasti bahagian terendah pasaran. Walaubagaimanapun sebahagian besar pergerakan dead cat bounce adalah pembetulan sementara (retracement) berbanding dengan pembalikan trend (trend reversal)

dead cat bounce sangat berguna sebagai alat analisis teknikal dan lebih tepat lagi sebagai formasi penerusan trend yang dapat diperdagangkan untuk jangka pendek atau jangka sederhana. Bagi menjelaskan fenomena ini, artikel susulan akan menjelaskan tentang bagaimana peserta pasaran boleh berdagang dengan dead cat bounce.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.