AUDUSD Mengukuh Berikutan Sentimen Pasaran Yang Kembali Positif

Sentimen pasaran kembali pulih di lewat sesi Amerika pada awal pagi tadi. Pengumuman kerajaan AS mengenai garis panduan pembukaan ekonomi AS serta berita positif dari rawatan klinikal untuk pesakit COVID-19 menggunakan ubat ‘Gilead Remdesivir‘.

Ia menyebabkan USD sedikit lemah dan USDIndex kembali didagang di bawah paras 100.00. Matawang komoditi utama AUD, NZD dan CAD mendapat manfaat terbesar daripada perubahan sentimen pasaran ini.

AUDUSD didagangkan kukuh, naik lebih 100pips dari paras terendah semalam. Dari sudut teknikal, AUDUSD dilihat telah melakukakn formasi ‘inverted head & shoulder‘ dan telah menembusi paras neckline formasi tersebut. Ianya telah mencapai paras fibonacci expansion (FE) FE161.8 di 0.6383 yang turut hampir dengan paras resistance terdekat 0.6374. Paras FE200.0 (0.6410) merupakan resistance yang seterusnya. Harga tertinggi AUDUSD untuk minggu ini adalah 0.6444. Paras support terdekat kini berada di 0.6333 yang juga berhampiran dengan FE100 (0.6340) diikuti FE61.8 0.6313.

Indikator MACD untuk 1H juga telah menunjukkan signal line telah melepasi paras 0 dan sedang meningkat naik. MACD juga telah menunjukkan formasi bullish divergence pada hari semalam.

Ianya dapat dilihat bahawa pergerakan AUDUSD banyak dipengaruhi oleh sentimen semasa pasaran buat masa ini. Sekiranya sentimen positif, AUD akan mengukuh dan sebaliknnya jika sentimen pasaran negatif.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu