Mencari Arah GBPUSD Pada Minggu Ini

Pendahuluan

GBPUSD tidak banyak bergerak pada minggu lepas dan kekal didagang berhampiran paras 1.2500.

Tiada data penting daripada UK pada minggu lepas. Pasaran sedikit lega apabila Perdana Menteri UK Boris Johnson telah dikeluarkan dari hospital dan kini sedang dikuarantin di kediaman Perdana Menteri. GBP telah mengukuh pada 2 hari pertama minggu lepas berikutan kelemahan Dollar dan naik sehingga 1.2645 sebelum Dollar kembali mengukuh pada 3 hari berikut dan menyusut sehingga paras terendah 1.2406 sebelum menokok ke paras 1.2500.

Terdapat beberapa data ekonomi utama pada minggu ini termasuk data ’employment’ dan ‘retail sales’. Ini mungkin memberi impak kepada pergerakan British Pound pada minggu ini.

Analisa Teknikal

  • GBPUSD didagang sedikit tinggi pada minggu lepas dan ditutup pada 1.2492.
  • Bentuk candlestick mingguan menunjukkan inverted hammer (shooting star).
  • Pergerakan gagal dalam cubaan menutup harga mingguan melepas 61.8% retracement di 1.2515. Paras fibonacci ini kini merupakan kawasan resistance yang kukuh. Resistance berikutnya pada 1.2645 (tertinggi minggu lepas).
  • Manakala kawasan support terdekat berada di 1.2406 (terendah minggu lepas) dan diikuti support di fibonacci 38.2% pada 1.2093 dan support di 1.2162.
  • Data MACD D1 menunjukkan signal line kini berada hampir paras 0 dan histogram juga agak kecil dan mendatar. Sifat ini menunjukkan kemungkinan pasangan matawang ini akan melalui fasa consolidation atau sideway.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu