USDIndex Kukuh Disebalik Kejatuhan Minyak

Dolar kekal kukuh dan terus mencatat kenaikan pada minggu ini, berikutan kejatuhan harga minyak WTI (USOIL) yang agak besar. Walaupun harga minyak US kembali mengukuh, pasaran masih lagi dalam sentiment negative ataupun risk-off.

USD Index ataupun Greenback mencatat harga tertinggi dalam tempoh 2 minggu pada Selasa di harga 100.60, sebelum menyusut sedikit dan kini diniagakan 100.32. Dari sudut teknikal, ia gagal ditutup di atas paras 78.6% Fibonacci retracement (100.53) dari harga tertinggi (101.00) ke terendah (98.97) untuk bulan April.  Ini memungkinkan harga 100.53 sebagai resistant yang kukuh yang juga berhampiran dengan paras support become resistance di 100.50. Paras resistant seterusnya berada di 100.74. Manakala paras sokongan atau support terdekat kini berada di 61.8 fib retracement di 100.16. Diikuti paras 50% fib retracement di 99.90.

Dari pandangan formasi carta (chart pattern), Ia dapat dilihat pergerakan USDIndex dalam channel dan masih lagi belum menguji bahagian bawah sokongan channel tersebut. MACD menunjukkan signal line masih lagi di teritori positif dan diatas histogram. Namun formasi pembentukan bearish divergence dapat dilihat telah berlaku. Untuk memastikan kewujudan divergence ini sahih, harga perlu membuat ‘lower low’ terlebih dahulu.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu